Komunikasi visual dalam bahasa yang mudah ialah tindak-balas grafik yang mewakili dan menyampaikan maklumat dengan cekap dan berkesan.

Apokobondonyo Visual Communication?

Visual Communication dalam bahasa yang mudah ialah tindak-balas grafik yang mewakili dan menyampaikan maklumat dengan cekap dan berkesan. Kadang-kadang, apabila perlu, teks juga akan dimasukkan untuk menerangkan maksud itu. Sebagai contoh, gambarajah di bawah:

Photo by Justus Menke on Unsplash

Secara umum, ianya bahasa universal di seluruh dunia yang menunjukkan ianya memberi amaran kepada kita bahawa lantai di kawasan ini licin.  

Komunikasi visual bukanlah sesuatu yang baru. Malah, ia disampaikan dalam bentuk yang paling asas ditambah dengan naluri. Sebelum wujudnya perkataan dan ayat, kajian mendapati pemburu zaman batu berkumpul berkongsi cerita dan maklumat melalui lukisan di dinding gua. Terciptanya ikonografi ialah kerana wujudnya golongan yang boleh membaca dan tidak boleh membaca. Ia menjadi medium kepada 2 golongan ini berkomunikasi suatu masa dahulu. Kini, ikongrafi dipecahkan kepada pelbagai jenis kategori, salah satunya kategorinya ialah emoticon.

kajian mendapati pemburu zaman batu berkumpul berkongsi cerita dan maklumat melalui lukisan di dinding gua.

Midjourney

Akan tetapi, ramai orang sering melakukan kesilapan dengan mengaggap, apa-apa kandungan yang direka dikategorikan sebagai komunikasi visual. Ini kurang tepat. Bayangkan, terdapat banyak infografik yang penuh dengan teks dan warna yang tidak harmoni dan gagal menarik perhatian penonton melalui visual. Adakah itu komunikasi visual? Jawapannya tidak jika kita rujuk definasi di atas.

Kesimpulan

Dengan populariti grafik yang semakin meningkat dan kemunculan media visual baru, ditambah dengan pengenalan tools yang baru seperti Canva & Adobe XD, komunikasi visual akan menjadi semakin luas. Semakin ramai orang menganggap agensi komunikasi visual sebagai sumber yang sama pentingnya dengan Digital Marketing. Hakikatnya, ia jauh berbeza. 

Photo by Stephanie Hau on Unsplash

Kepada para pelajar yang bakal bekerja, jadikan ini sebagai skill tambahan anda. Bagi syarikat, carilah pekerja yang mempunya skill komunikasi visual ini kerana ia membantu anda mengurangkan kos melantik agensi luar untuk sebarang kerja kreatif di agensi anda. Ketahui tentang trend design 2023 disini.

Leave a Comment