Kini, Afdhal Nidzam menjadi salah seorang pensyarah sambilan di Multimedia Universiti.

Afdhal Nidzam ialah pengasas Lalaland Media, sebuah syarikat agensi & Latihan kreatif. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam dunia kreatif. Setakat ini, beliau telah membangunkan modul bagi mata pelajaran Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan banyak lagi yang berasaskan kreatif multimedia. Pendidikan tertinggi beliau ialah Ijazah di dalam Multimedia di Multimedia Universiti.

Fokus utama beliau buat masa ini ialah memberi pendedahan tentang kepentingan kemahiran grafik khususnya ketika membuat slide presentation. Beliau mempunyai kelas online sendiri yang diberi nama PowerPoint Pukau.

Sasaran kumpulannya ialah mereka yang bekerja di dalam sektor yang melibatkan pembentangan samada mesyuarat atau kertas kerja. Pendek kata, setiap individu yang menggunakan Microsoft PowerPoint digalakkan untuk mengambil kelas ini. Selain itu, kelas ini juga sesuai kepada pelajar-pelajar yang bakal memulakan alam pekerjaannya. PowerPoint Pukau juga boleh dikatakan sebagai kelas persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Di masa akan datang, Afdhal berhasrat untuk membuka banyak lagi kelas yang melibatkan seni grafik. Ini bagi membantu para usahawan untuk menjimatkan kos digital marketing mereka. Insyallah.

Afdhal giat menjalankan aktiviti nasihat perunding (consultant) dan tunjuk ajar dikalangan pelajar sekolah, rakan sekerja dan pelanggan yang melibatkan New Media. Beliau juga menulis artikel di blog berkenaan tips dan teknik seni visual dan motivasi. Selain pengalaman di dalam menjadi tenaga pengajar, beliau juga terlibat dalam khidmat multimedia yang lain seperti pembikinan video koprat kepada TM, SLIM Khazanah dan Yayasan Universiti Multimedia.

Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang seni kreatif, beliau telah meningkatkan mutu kemahiran dengan menghadiri kursus Latihan kreatif seperti Adobe Illustrator yang disampaikan oleh Martin Perhiniak. Beliau juga menghadiri kursus Train-the-Trainer dari HRD Corp (HRD Corp TTT Certified Trainer).

Kini, beliau menjadi salah seorang pensyarah sambilan di Multimedia Universiti, Kampus Cyberjaya. Di bawah fakulti Kreatif Multimedia.