saya kongsikan tools percuma untuk memudahkan designer menjadi lebih produktif.

5 Tools Percuma untuk Designer

Entry kali ini akan saya kongsikan tools percuma untuk memudahkan designer menjadi lebih produktif. Terdapat banyak rujukan design untuk memberi ilham kepada kita sebagai pereka. Itulah sebabnya saya ingin berkongsi dengan anda koleksi 5 tools percuma untuk meningkatkan produktiviti. Saya jamin yang anda tidak pernah dengar tentangnya.

1. TinyWow
TinyWow sudah lama berada di Internet. Alat ini menyediakan conversion secara online dari pdf kepada pelbagai format files, dan alat berguna lain untuk membantu anda menyelesaikan masalah.

TinyWow sudah lama berada di Internet. Alat ini menyediakan conversion secara online dari pdf kepada pelbagai format files, dan alat berguna lain untuk membantu anda menyelesaikan masalah.

2. Devices by Meta
Adakah anda masih ingat mock-up tangan yang sangat popular di Facebook?

Adakah anda masih ingat mock-up tangan yang sangat popular di Facebook? Kini, mereka telah melancarkan lebih daripada 100+ mockup dengan pelbagai peranti yang lebih luas. Banyak peranti datang dengan saiz yang lebih besar tanpa bayang-bayang.

3. Ingradients
Setiap koleksi mempunyai gaya yang berbeza, seperti Soft Rainbow, Purple Haze, Bright Neon, dan Dark Neon.

Koleksi gradient warna yang dipilih dengan teliti ini sesuai untuk projek reka bentuk anda yang seterusnya. Setiap koleksi mempunyai gaya yang berbeza, seperti Soft Rainbow, Purple Haze, Bright Neon, dan Dark Neon. Amaran: Website ini akan membuatkan anda ketagih!

4. Resume.io
Bina resume yang memukau bakal bos anda dalam beberapa minit.

Bina resume yang memukau bakal bos anda dalam beberapa minit. Dengan tools ini, ianya tidak melanggar ‘peraturan resume’ dan menepati keperluan HR. Dengan hanya versi percuma sahaja, sudah mencukupi untuk mendapatkan pekerjaan anda yang seterusnya.

5. Screely
anda boleh menukar sebarang tangkapan skrin menjadi mockup laman web yang indah.

Dengan Screely, dengan serta-merta anda boleh menukar sebarang tangkapan skrin menjadi mockup laman web yang indah.

Bonus: Microcopy
anda boleh mendapatkan ilham untuk me-reka teks seperti slogan, tajuk headlines, pemberitahuan, CTA, mesej ralat, e-mel dan banyak lagi.

Tiada ilham untuk menulis apa untuk laman web anda? Tools yang saya kategorikan bonus ini sesuai untuk anda. Di sini anda boleh mendapatkan ilham untuk me-reka teks seperti slogan, tajuk headlines, pemberitahuan, CTA, mesej ralat, e-mel dan banyak lagi. Saya yakin ianya pasti berbaloi untuk digunakan.


Entry kali ini sangat ringkas. Pernah dengar WeTransfer? Terdapat alternatif selainnya di artikel ini. Sekian!

Leave a Comment