6 Kesalahan lazim ketika Presentation

6 Kesalahan lazim ketika Presentation

Presentation ialah satu seni kreatif yang perlu dipelajari supaya penyampaian menjadi lebih berkesan, unik dan menarik. Jika kita dipaksa untuk membuat presentation ataupun kita tidak bersedia dari segi slide, selalunya kita akan membuat persentation sepantas kilat dan mencari jalan untuk cepat habis. Artikel ini akan menerangkan kesalahan lazim ketika Presentation.

Ramai juga kenalan saya yang mengadu pada saya yang mereka “hiccup” ketika melakukkan presentation. Tak kisah berapa kali mereka melakukan rehearsal, tetap akan berlaku “hiccup”. Mereka sering mengadu: “Saya hanya teruskan presentation saya walaupun ada penonton yang sudah mula bermain dengan telefon mereka atau berborak dengan orang di sebelah. Kerana saya tidak tahu apa perlu buat.”

 "Saya hanya teruskan presentation saya walaupun ada penonton yang sudah mula bermain dengan telefon mereka atau berborak dengan orang di sebelah. Kerana saya tidak tahu apa perlu buat." Ini antara kesalahan kita ketika melakukan presentation

Photo by camilo jimenez on Unsplash

Kandungan dan jalan cerita memainkan peranan yang penting, tetapi penampilan visual tidak kurang penting! Mari kita semak kesilapan yang biasa dilakukan oleh kita semua termasuk saya semasa menyediakan dan menyampaikan presentation. Belajar dari kesilapan akan menjadikan kita lebih baik.

1) Warni warni dan kepelbagaian font

Kita semua faham mengapa rata-rata penyampai tidak menggunakan warna latar belakang yang hitam beserta font Times New Roman berwarna putih. Ini kerana ianya akan membosankan penonton bukan? Jadi, bolehkah kita memilih warna lain? Adakah penonton akan terpesona dengan warna yang pelbagai? Pasti tidak!

Jika kita cenderung untuk menggunakan slide presentation yang berwarna-warni, pastikan  untuk menggunakan 3 warna utama yang sepadan antara satu sama lain dan ianya harmoni. Perlu di ingat disini, bahawa orang perlu duduk dan menatap slide anda untuk suatu jangka masa.  Sebagai contohnya… 

Warna latar belakang yang tidak sesuai membuatkan penonton menyampah. Ini antara kesalahan ketika membuat slide presentation.

Bad PowerPoint Examples You Should Avoid at All Costs by Carla Albinagorta

Latar belakang ini terlalu menganggu!

Perkara yang sama juga berlaku untuk font. Anda harus memilih font yang mudah dibaca. Sebagai contoh: jika anda memilih font tulisan tangan, ia mungkin tidak boleh dibaca jika anda tidak berada betul-betul di hadapan skrin. Nak tahu lebih lanjut tentang font yang sesuai untuk presentation, jom ke kelas PowerPoint Pukau.

Jika dapat, gunakan satu jenis font sahaja sepanjang slide anda. Untuk mencipta kelainan, ubah sifat font tersebut, seperti tinggi dan saiznya. 

Gunakan 1 jenis font sahaja. Untuk mencipta kelainan, ubah sifat font tersebut, seperti tinggi dan saiznya. Presentation anda akan menjadi lebih baik.

20 Best Fonts for Presentations In 2023 by Chloe West

2) Editing gambar atau grafik yang kurang sesuai 
Jika anda memutuskan untuk buat slide sendiri, ambil perhatian pada imej yang telah anda gunakan supaya presentation anda menjadi lebih menarik.

Photo by Product School on Unsplash

Tidak semua orang mahir menggunakan Adobe Photoshop atau meng-edit gambar. Jika anda memutuskan untuk buat slide sendiri, ambil perhatian pada imej yang telah anda gunakan. Tips mudah: ikon yang mempunyai latar belakang putih tidak boleh dipadankan dengan latar belakang berwarna. Elakkan imej yang di-crop, streched, atau yang mempunyai watermark. Percayalah, lebih baik tidak mempunyai sebarang imej atau ikon daripada contoh gambar dibawah ini di dalam slide anda.

15 Pro Tips to Design a Good (Vs Bad) PowerPoint (That Doesn't Suck) by Brenda Barron

3) Memilih kandungan tambahan daripada media lain
Ada masanya kita perlu memasukkan kandungan dari luar contohnya jika kita ingin menunjukkan video dari YouTube ke dalam presentation kita.

Photo by Souvik Banerjee on Unsplash

Ada masanya kita perlu memasukkan kandungan dari luar yang menyebabkan kita buka aplikasi lain sebentar. Contohnya jika kita ingin menunjukkan video dari YouTube atau membuka laman web syarikat lain. Cara ini kadang-kadang menyebabkan penonton tertinggal rentak presentation kita. Dalam situasi yang saya sendiri alami, semasa saya minimize powerpoint saya untuk membuka youtube, beberapa orang penonton mengambil peluang ini untuk keluar dari kelas. Kerana disangka saya perlu mencari video yang ingin ditunjukkan terlebih dahulu. Akibatnya, dia masuk semula selepas video itu tamat.

Penyelesaian untuk masalah ini ialah dengan kita memasukkan video atau screen shot laman web tadi ke dalam slide presentation kita (embedded). Ini akan menyelamatkan anda daripada menghadapi detik-detik awkward andai kata sambungan internet  terputus. Ini akan membuatkan wajah anda menjadi merah. Walaupun tidak pernah terjadi kepada saya, tapi kita dapat bayangkan perasaan kita ketika situasi ini.

4) Pelbagai imej yang  tidak relevan
Gambar yang banyak dan tidak releven membuatkan penonton jemu dengan presentation kita.

Photo by sarandy westfall on Unsplash

Menambah gambar foto pada slide untuk memberi maklumat secara visual adalah salah satu cara kreatif. Tetapi, penting untuk diingat disini, supaya tidak perlu semua slide mempunyai gambar. Kesederhanaan itu adalah penting – jika tidak, ia boleh kelihatan seperti “Ini sahaja kemahiran yang saya ada” dari gambar anda kecil sehingga gambar selfie anda bersama Oyen. Dan ini sangat tidak professional. 

Ambil perhatian ketika pemilihan imej – ianya harus sesuai dengan cerita penyampai dan penonton anda. Ianya mesti menarik dan tidak terlalu provokatif . Konsep visual ialah menarik perhatian penonton dengan sekali imbas sahaja. 

5) Carta dan graf yang tidak kemas
graf atau carta yang rumit boleh membuatkan penonton jemu dengan presentation kita.

Photo by Lukas Blazek on Unsplash

Menambah gambar atau apa-apa media pada slide boleh menjadikannya lebih menarik. Jika terdapat sesuatu nilai atau data yang ingin ditunjukkan, cara terbaik ialah dengan carta atau graf. Ianya sangat relevan jika kita tahu apa yang hendak disampaikan hanya dengan 1 slide ini. Akan tetapi, graf atau carta yang rumit boleh membuatkan penonton jemu. Mereka seperti diberi tugas untuk merungkai dan memahamkan apa yang anda cuba sampaikan.

Petuanya, jika carta atau graf yang ingin disertakan mungkin tidak akan difahami oleh majoriti penonton, atau kita sendiri tidak dapat menerangkannya, tidak perlu masukkan ke dalam slide!

6) Tidak pergi melihat tempat melakukan presentation 
mencuba mikrofon atau komputer yang disediakan adalah salah satu cara menghilangkan rasa gugup ketika melakukan presentation.

Photo by Matthias Wagner on Unsplash

Jika anda mempunyai masa dan peluang sebelum bermulanya sesi anda, silalah lawat tempat anda akan melakukan presentation. Lihat dan rasai sendiri peralatan yang bakal anda gunakan ketika waktu presentation. Contohnya cuba berjalan di atas pentas, mencuba mikrofon atau komputer yang disediakan, jika tempat itu menyediakannya. Lihat slide presentation kita pada skrin yang digunakan. Pastikan grafik dan teks muncul dengan kemas semasa sesi presentation. Pastikan tulisan muncul pada projektor dan warnanya berada dalam keadaan yang sepatutnya.

Mungkin bagi sesetengah orang, cara ini agak melampau. Tetapi ini cara yang mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa sesi kita. Disamping itu, kita mungkin bersedia dengan apa sahaja benda yang bakal berlaku kerana kita sudah biasa dengan tempat itu.

Bonus: Mengabaikan penonton dan cerita anda!
 Kenali penonton anda dahulu. Sebelum mula menghias slide presentation atau mereka ayat untuk jalan cerita presentation kita, sesuaikan presentation kita kepada penonton yang akan hadir.

Photo by Marcos Luiz Photograph on Unsplash

Langkah paling kritikal!. Kenali penonton anda dahulu. Sebelum mula menghias slide presentation atau mereka ayat untuk jalan cerita presentation kita, sesuaikan presentation kita kepada penonton yang akan hadir. Ini adalah satu-satunya perkara yang paling penting yang boleh kita kena lakukan. Meneliti siapa target audience kita, cerita apa yang sesuai diceritakan kepada mereka dan bagaimana kita menyampaikan persembahan yang boleh menawan sehingga mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perkara tersebut.


Semoga kita semua mendapat manfaat dengan artikel ini. Jika ada sebarang tambahan yang ingin dikongsikan, sila komen. Tahukah anda, video bakal menjadi game changer presentation yang tradisional? Anda boleh baca artikelnya disini. Sekian.

Leave a Comment