Tips Infografik Klasik

Infografik agak sinonim dengan saya sejak 5 tahun dahulu. Ini ialah pos 8 Tips Infografik yang agak klasik tapi mungkin kita terlepas pandang. Kini, infografik dianggap sebagai kayu pengukur jika anda membuat sesuatu info didalam web, ‘presentation’ atau dalam video sekalipun. Benda ini tidak berlaku pada era 90-an. Ketika itu, ‘Mind Map’ adalah ‘trending’.

Sama seperti ‘content marketing’, apa yang akan menyebabkan infografik ini menjadi WOW? Apakah komponen atau zat yang diperlukan untuk infografik anda menguasai ‘content’?

Jom kita sama-sama kaji dan zahirkan idea kita berdasarkan ‘research’ yang saya buat dibawah ini tentang 8 tips Infografik yang Agak Klasik dan mungkin selepas itu anda boleh nilaikannya sendiri.

1. Apa Citer?
Setiap infografik selalunya hanya mempunyai cerita asas atau konsep. Dan, dari sini kita akan mendapat inspirasi untuk menghubungkan titik-titiknya (connect the dot) iaitu imej, teks dan data untuk dikongsikan didalam cerita.

Petrosains

Fokuskan pada 1 subjek sahaja! Setiap infografik selalunya hanya mempunyai cerita asas atau konsep. Dan, dari sini kita akan mendapat inspirasi untuk menghubungkan titik-titiknya (connect the dot) iaitu imej, teks dan data untuk dikongsikan didalam cerita.

Infografik itu sendiri membolehkan anda menampilkan WOW Factor dan secara tidak langsung mendidik, membantu, dan memberi inspirasi kepada penonton anda.


2. Dilarang Menggunakan ‘Title’ yang boring

Tujuan kita buat ‘content’ adalah untuk menarik peminat atau pembaca untuk tertarik kepada apa kita buat dan seterusnya melanggan dan menjadi peminat tegar kita. Apabila tajuk itu bosan, pembaca kurang cenderung untuk membaca atau menghabiskan bacaan infografik itu. Apatah lagi untuk kongsikan pada orang lain. Konsisten dalam membuat ‘title’ yang padu dengan kata-kata trend, ini akan mengaktifkan SEO. Selain itu, penggunaan font yang besar dan tema dalam infografik juga perlu diberi perhatian.

Jika kita kekeringan idea, cuba ‘reverse engineering’ sikit tajuk yang kita bakal letak. Contohnya kita hendak membuat infografik mengenai Pulau Hawaii. Tapi, dari letak tajuk “Pantai-pantai Menarik di Hawaii” kita boleh cuba seperti ini:

Teknik 'reverse engineering' untuk tajuk infografik mengenai Pulau Hawaii. Pantai menarik di Maui.

3. Kehebatan ‘Whitespace’
White Space agak penting kerana ia membantu untuk mengimbangkan infografik kita. Ruang kosong ini juga merehatkan mata kita antara 1 bahagian data ke bahagian yang lain.

‘Whitespace’ adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan ruang kosong antara tulisan dan seni grafik. Elemen ini agak penting kerana ia membantu untuk mengimbangkan infografik kita. Ruang kosong ini juga merehatkan mata kita antara 1 bahagian data ke bahagian yang lain. Ia juga penanda aras bahawa infografik kita mudah untuk dibaca. Gunakan elemen ini sebanyak mungkin.


4. Banyak Benda Nak Cerita dalam 1 Gambar

Cerita hendaklah sealiran dan bersambung. Bila terlalu banyak teks denga hanya 1 gambar, ianya akan menjadikan infografik anda tidak kemas. Anda mesti pandu maklumat anda dalam keadaan yang harmoni dan kena dengan lenggoknya. Lenggok tadi akan bersambung dengan maklumat yang kedua, ketiga dan seterusnya sehingga ke akhir infografik anda. Ini contoh 1 cerita 1 gambar yang sangat efektif untuk menyampaikan maklumat. Selain dari itu, contoh dibawah juga menceritakan tentang kopi. Teknik yang digunakan ialah 1 topik 1 infografik. Ini membuatkan cerita kita kemas.

Cerita hendaklah sealiran dan bersambung. Lebih baik jika 1 topik 1 infografik. Ini membuatkan cerita kita kemas.

Your Ultimate Guide to Different Types of Coffee


5. Statistik adalah Sihir
Teknik memancing pembaca untuk fokus kepada infografik anda ialah dengan menggunakan statistik. Tapi pastikan data dari sumber yang sahih.

Kajian mengatakan bahawa apabila anda menggunakan statistik, fakta, data, dan lain-lain statistik, ini akan memancing pembaca untuk fokus kepada infografik anda dan pasti infografik anda berjaya memukau pembaca!


6. SyokSendiri-less

Apabila membina infografik, pastikan tajuk yang dipilih kita pilih adalah berdasarkan keinginan pembaca. Akan tetapi, cuba elakkan tajuk yang popular! Apabila anda membuat ‘research’ untuk maklumat infografik, dan anda mendapat maklumat tajuk yang sesuai berdasarkan pembaca, anda telah menyiapkan 50% dari infografik anda!

Infografik yang dapat memukau pembaca ialah yang memenuhi keperluan pembaca yang betul-betul menginginkannya. Jadi, buat lah sedikit ‘research’ sebelum mengeluarkan satu-satu tajuk. Jangan SyokSendiri.

Contohnya, anda ingin membuat artikel mengenai sukan SCUBA Diving untuk pakej percutian anda. Boleh sahaja anda membuat infografik tentang produk SCUBA yang ditawarkan oleh anda beserta harga. Tetapi, adakah anda yakin ianya akan menarik pembaca untuk kongsikan kepada orang lain? Apakah faktor untuk orang kongsikan infografik anda itu? Harga anda? Adakah anda yakin harga memang termurah dan berbaloi di Malaysia? Cuba lihat contoh dibawah ini, mereka cuba sampaikan kebaikan tentang SCUBA Diving dan hanya pamerkan logo syarikat mereka sahaja sebagai promosi. Sudah pasti infografik ini akan sampai kepada lebih dari 2 orang peminat tegar sukan SCUBA.

Infografik yang dapat memukau pembaca ialah yang memenuhi keperluan pembaca yang betul-betul menginginkannya. Jadi, buat lah sedikit 'research' sebelum mengeluarkan satu-satu tajuk. Jangan SyokSendiri.

7. ‘Simple’
Infografik yang bukan sekadar memberi maklumat, bahkan boleh jadi hiburan kepada sesetengah pembaca. Kita perlu kekalkan infografik kita dalam keadaan yang sangat selesa dan 'straight to the point'.

Jangan bebankan pembaca dengan KBAT!. Infografik bukan teka-teki atau soalan ujian pengambilan PTD. Ini infografik yang bukan sekadar memberi maklumat, bahkan boleh jadi hiburan kepada sesetengah pembaca. Kita perlu kekalkan infografik kita dalam keadaan yang sangat selesa dan ‘straight to the point’.


8. Sahkan Data Anda
Gunakan sumber yang sah untuk infografik anda. Jika anda membina infografik mengenai 'sensitif data'

Jabatan Statistik Negara

Gunakan sumber yang sah untuk infografik anda. Jika anda membina infografik mengenai ‘sensitif data’, contohnya kepadatan penduduk Bumiputera di Pendang, Kedah. Kita perlu dapatkan informasi secara tepat dan ada rujukannya, seperti disini.


Demikianlah 8 tips Klasik tentang infografik yang mungkin kita terlepas pandang. Adakah anda mempunyai tips klasik yang lain? Kongsikan!

Leave a Comment