Bisnes Kad DIY

Selalu entrepreneur yang dalam kekurangan budget akan cenderung untuk membuat bisnes kad DIY. Penyelesaian yang murah ini ialah dengan memilih lebih dari 20 rekabentuk kad bisnes (template) yang disediakan dan cetak sendiri. Kita akan mempunyai kad yang kelihatan ‘sengkek’ atau ‘cikai’. Maka, kita pun berkata dalam hati,”tak apa lah, janji ada bisnes kad”.

Jadi, apa akan terjadi apabila kita serahkan kad ini kepada seseorang? Pasti persepsi mereka kepada kita dan perniagaan kita tidak akan memuaskan; murah, senkek, perkhidmatan yang tidak memuaskan atau tiada kualiti. Adakah ini yang kita harapkan dari bakal pelanggan kita? Adakah kita mengharapkan pelanggan akan berkata, “Kamu punya bisnes kad DIY? Bagusnya!”. Jangan mimpi. Sebaliknya mereka akan berkata,”Kedekut betul dia ni!”.

Untuk menjawab soalan ini, kita tidak boleh membuat kad bisnes kita sendiri.

World's Best Business Card

Pada pendapat saya, kita harus mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan designer yang profesional untuk merancang dan me-reka identiti perniagaan kita. Mereka akan menetapkan identiti kad bisnes, letterhead bahkan warna yang sesuai bagi tema bisnes kita. Bahkan lebih dari itu pun mereka mampu. Tetapi cukup sekadar bisnes kad, ianya merupakan salah satu asas kepada sasaran kita menyerlahkan persepsi orang ramai terhadap perniagaan kita.

Biasanya Designer akan mulakan dengan bertanya set siri soalan ini:

  • Apakah nama perniagaan, produk atau perkhidmatan kita?
  • Siapa pesaing perniagaan kita?
  • Adakah kita mempunyai logo?
  • Apakah sasaran kumpulan kita?
Mengupah designer membuat bisnes kad dianggap perkara yang membazir bagi sesetengah peniaga. Ini tidak betul. Tetapi yang membazir ialah membuat bisnes kad DIY dan mengharapkan orang teruja dengan perniagaan kita.

Ini antara soalan yang bakal ditanya untuk memulakan perbincangan dan mengenal pasti perniagaan kita. Ianya sebahagian daripada metodologi oleh designer yang profesional dalam mengenal pasti keperluan komunikasi visual perniagaan kita. Ya, sememangnya terdapat kos disitu. Akan tetapi, manfaat kepada perniagaan kita akan dicapai dengan bantuan mereka dalam menyerlahkan identiti perniagaan kita.

Sememangnya mendapatkan servis designer memerlukan kos. Akan tetapi, manfaat kepada perniagaan kita akan tercapai. Mereka berusaha untuk menyerlahkan identiti peniagaan kita.

Photo by Razvan Chisu on Unsplash

p/s: Berhubunglah dengan saya jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini dari saya membina bisness kad. Tidak perlu DIY.

Leave a Comment