Menjadi Content Writer Tanpa Apa-Apa Pengalaman

Content Writer’ menjadi keperluan kepada syarikat bisnes zaman sekarang. Tahukah anda? Kita boleh menjadi content writer tanpa apa-apa pengalaman? Kebanyakan pemilik peniagaan atau majikan tidak menyedari bahawa ‘Content Writer’ ialah satu jawatan. Mereka menganggap ianya salah satu skop kerja di dalam unit marketing atau sales. Ini tidak betul! Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengurangkan kos buruh.

Jadi, apa itu ‘Content Writer’? Teks, video, foto, bunyi, kartun, dan grafik adalah kandungan yang kita lihat setiap hari apabila kita melayari internet. Content Writer adalah orang yang membuat kandungan ini untuk pelbagai tujuan. Seperti laman web, blog, iklan korporat, siaran akhbar, media sosial, dan video. Menarik bukan?

Ingin menjadi ‘Content Writer’? Jadi anda perlu jadikan tabiat membaca dan menulis bukan sekadar hobi tetapi habit. Semakin banyak ‘digital marketing’ berkembang, semakin banyak ‘content writer’ diperlukan. Diharapkan artikel di bawah dapat membimbing mereka yang ingin menjadi ‘content writer’.

1. Bagaimana untuk menjadi ‘Content Writer’

Macam mudah bukan? Salah! Pertama, seperti yang saya katakan di atas, anda harus menikmati tabiat membaca, meneliti, dan menulis. Selain itu, tiada siapa yang mahu membaca artikel yang penuh dengan kesilapan ejaan dan tatabahasa. Anda perlu mahir dalam bahasa yang ingin anda tulis.

Jika anda tidak mempunyai masalah dengan 2 perkara ini, maka tidak ada halangan untuk anda menjadi ‘content writer’. Sekiranya kemahiran bahasa anda tidak mencukupi, anda perlu ‘mengqadaq’ kekurangan itu terlebih dahulu. Kemudian tingkatkan kemahiran menulis.

2. Bagaimana untuk memulakan ‘Content Writer’

Sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Content Writer’, tetapi tidak semua orang boleh menghasilkan kandungan yang berkualiti. Ingin menjadi ‘Content Writer’ yang hebat? Anda perlu bekerja keras, belajar, dan banyak berlatih. Terdapat juga kursus ‘content writer’ secara online dan bengkel yang boleh anda ambil.

Teknik asas adalah dengan banyakkan amalan membaca. Anda juga boleh cuba membaca topik yang berbeza untuk meningkatkan kreativiti anda. Sudah tentu, setiap orang mempunyai cara yang berbeza. Disini, saya ingin menyenaraikan beberapa perkara hasil dari kajian saya sendiri:

  1. Cari bahan bacaan mengenai ‘content writer’ di internet dalam bentuk artikel atau ebook. Kemudian baca.
  2. Ambil kelas online tentang content writer menimba pengalaman.
  3. Banyakkan membaca dan berlatih.
  4. Bina rakaian anda dengan ‘content writer’ atau ‘editor’ melalui LinkedIn dengan ‘follow’ dan berkomunikasi dengan mereka.
  5. Buat akaun di Medium.com dan kongsi artikel anda di sini. Ini akan menjadi portfolio yang hebat semasa anda cuba mencari pekerjaan.

Photo by Damian Zaleski on Unsplash

3. Apakah yang dihasilkan oleh ‘Content Writer’?

‘Content Writer’ menghasilkan penulisannya dalam banyak format, termasuk artikel blog, penerangan produk, artikel di akhbar, ‘landing pages’, video dan banyak lagi. Pendek kata, bidang ini bermain dengan perkataan.

Selepas sahaja menerima maklumat daripada klien/syarikat, anda boleh mula menulis dengan mewakili jenama syarikat dan mengikuti prosedur SEO.

4. Adakah ‘Content Writer’ perlu menjadi pakar dalam segala topik?

Tidak! Pilih beberapa topik sahaja yang anda rasakan anda pakar. Menulis artikel mengenai pelbagai topik berfungsi menambahkan kepakaran. Anda juga boleh membaca artikel dan buku dari industri yang berbeza. Tiada sesiapa tahu industri apakah yang bakal menjadik klien anda nanti!

5. Bekerja sebagai ‘Content Writer’

Sebagai ‘Content Writer’, anda boleh bekerja untuk mana-mana syarikat atau agensi: Sepenuh masa, sambilan, atau berasaskan projek. Terdapat banyak pekerjaan ‘Content Writer’ untuk semua skop dalam industri yang berbeza.

Bagaimanakah anda mencari ‘job’ bagi ‘Content Writer’? Ianya tidak mudah pada masa-masa tertentu. Tetapi dengan keadaan sekarang yang ‘Content Writer’ menjadi semakin penting bagi semua bisnes, peluang baru wujud setiap hari. Persekitaran dan rangkaian LinkedIn membantu mendapatkan peluang baru ini. Oleh itu, bina rangkaian yang berkaitan dengan industri anda dan serlahkan kepakaran anda. Siarkan hasil kerja ‘Content Writer’ di pelbagai laman web juga sangat membantu.

6. Apakah perbezaan antara ‘Content Writer’ dan ‘Copywriter’?

Kebanyakan orang berfikir bahawa kedua-duanya adalah istilah yang sama. Tidak! Kita mula menggunakan ‘Content Writer’ selepas transformasi digital, tetapi ‘copywriter’ adalah istilah yang telah digunakan oleh industri pengiklanan dari dulu lagi. Sama ada anda seorang ‘Content Writer’ atau ‘Copywriter’, anda bermain dengan perkataan. Tetapi apabila kita kaji dengan lebih mendalam, kita mendapati bahawa terdapat perbezaannya.

Pertama, tugas ‘Content Writer’ bukan untuk menjual produk atau perkhidmatan; tetapi menulis artikel yang mesra SEO, meningkatkan ‘brand awareness’, promosi, dan memberitahu pembaca tentang jenama tersebut. Oleh itu, kita perlu meneliti ‘keywords’ dan memikirkan cara menarik perhatian pembaca. Teks-teks itu bermaklumat dan panjang.

Sebaliknya ‘Copywriter’, menulis teks / iklan pendek dan menarik perhatian untuk produk tertentu. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan jualan produk. Oleh itu, ‘Copywriter’ berfungsi untuk sasaran tertentu. Anda boleh melihat kerja mereka di banyak platform, seperti di iklan TV, di papan iklan, di akhbar dan majalah.

7. ‘Content Writer’ yang ‘Freelance’

‘Content Writer’ mungkin bekerja sepenuh masa untuk syarikat, tetapi ‘Content Writer’ bebas mungkin mempunyai gaya yang berbeza. Anda bos, jadi anda menetapkan waktu kerja anda!

Selepas pandemik, kebanyakan syarikat telah memilih sistem kerja hibrid. Iaitu, kita boleh menemui banyak pekerjaan yang hanya melibatkan perjumpaan di alam maya sahaja (remote). Setiap syarikat mempunyai cara yang berbeza. Dalam ‘remote work’ ini, sesetengah syarikat mungkin mengenakan syarat yang lebih ketat. Sebaliknya, ada syarikat yang menetapkan keadaan yang mudah.

8. ‘Content Writer’ mesra SEO

Kadang-kadang ianya menjengkelkan kerana anda perlu menukar perkataan yang sinonim semata-mata untuk Google. Disini tidak dapat tidak, anda perlu menjadi kreatif. Tetapi, kadang-kadang disebabkan kita membetulkan artikel kita menjadi mesra-SEO, pembaca akan ingat kita kurang pandai menulis.

Faham maksud saya? Banyak artikel yang saya tulis di dalam blog ini jadi tidak berjiwa kerana terlalu mengikut peraturan SEO. Akan tetapi, Google menjadi semakin bijak dan dapat mengesan kandungan. Matlamat kita adalah artikel yang mesra SEO, menarik perhatian dan boleh dibaca.

Kesimpulannya, ‘content writer’ harus menimba pengalaman dalam SEO. Pengetahuan asas dalam banyak bidang membawa markah tambahan dan perspektif yang berbeza ketika menulis.

9. Nilai Upah ‘Content Writer’

Photo by Towfiqu barbhuiya on Unsplash

Berdasarkan kaji selidik, saya tidak dapat memberikan angka yang tepat mengenai berapa banyak upah yang diperolehi. Harga berbeza-beza bergantung pada pengalaman, industri, atau lokasi. Tambahan, sesetengah syarikat membayar upah ‘content writer’ sedikit.

Tetapkan harga anda. Ingat bahawa kerja yang anda lakukan layak mendapat upah yang setimpal. Sekiranya klien mahukan kerja berkualiti dari anda, mereka harus tahu kadar upahnya. Jadi bagaimana anda menetapkan harga? Ini adalah salah satu soalan yang paling kerap ditanya oleh ‘content writer’ yang baru. Anda boleh menawarkan harga yang berbeza untuk syarikat, topik, dan masa yang berbeza yang anda habiskan.

Berapa banyak gaji sebulan yang cukup untuk anda? Berapa jam sehari yang anda mahu bekerja? Anda boleh memikirkannya dan menetapkan harga setiap jam dan 100 perkataan untuk diri sendiri. Walau apa pun, jangan mengabaikan untuk menetapkan harga yang realistik, dengan mengambil kira harga pengalaman anda.

10. Bagaimana untuk mendapatkan bayaran sebagai ‘Content Writer’ sambilan

Bahagian yang menjengkelkan, betul tak? Saya cadangkan kita perlu mempunyai prinsip dalam menentukan kadar upah. Jika ianya adalah syarikat yang anda tidak tahu, anda boleh mendapatkan separuh pembayaran dahulu sebelum kerja selesai. Dasar pembayaran boleh berubah bergantung pada perjanjian anda dengan klien. Jika anda bekerja setiap bulan, anda juga boleh mengambil gaji bulanan.


Kesimpulan

  • Fokus pada sasaran anda. Analisis terlebih dahulu untuk siapa yang anda tulis dan tunjukkan cara anda boleh membantu mereka.
  • Lebihkan kualiti berbanding kuantiti. Ya, kandungan panjang adalah penting untuk mengoptimumkan enjin carian, tetapi menulis perenggan panjang berulang kali akan menjadi buruk. Artikel dengan 2,000 patah perkataan akan menjadi sia-sia.
  • Sudah siapkan Draf artikel pertama anda? Tahniah! Sekarang jauhkan diri dari komputer anda, lakukan sesuatu yang lain untuk sementara waktu, contohnya solat, zikir atau bemesra dengan ahli keluarga. Kosongkan fikiran anda. Kemudian kembali ke meja komputer anda selepas beberapa waktu. Anda akan dapati banyak pembetulan yang perlu dibuat. Cara ini bukan sahaja untuk menulis artikel, tetapi saya juga guna ketika membina seni grafik visual.
  • Sentiasa tulis, tulis dan tulis. Satu-satunya cara untuk menjadi penulis yang lebih baik adalah dengan menulis.

Apa sahaja yang anda panggil diri anda, matlamat utama adalah untuk ‘stand up from others’. Anda boleh melakukannya dengan memperbaiki diri anda. Saya harap artikel untuk menjadi content writer tanpa apa-apa pengalaman dapat membimbing mereka yang ingin menceburi bidang tersebut.

Leave a Comment