Mesin & Aplikasi ‘Designer’

Kali ini kita akan berbicara tentang Mesin & Aplikasi yang digunakan oleh designer. Saya ambil langkah berhati-hati dalam menulis artikel ini kerana, kemungkinan berlaku perdebatan yang panjang lebar.

Platform yang saya guna bagi ‘Operating System’, ialah Apple Mac dan bagi aplikasi ‘design’ ialah Adobe Creative Suites. Salah satu aplikasi popular dalam keluarga Adobe ialah Adobe Photoshop.

Aplikasi

Dikatakan asalnya Adobe Photoshop ini dibangunkan oleh sebuah syarikat yang membuat ‘scanner’ dan ‘printer’. Jadi ia dicipta khusus untuk proses percetakan yang pada asalnya aplikasi ini hanya untuk pengguna industri.

Adobe menambahkan lebih banyak program dan menggabungkan semuanya ke dalam keluarga 'Suite Creative' dan setiap aplikasi ini mengekalkan standard yang tinggi untuk melakukan pekerjaan "profesional" yang diterima secara universal oleh industri percetakan mahupun penyiaran di seluruh dunia.

Adobe menambahkan lebih banyak program dan menggabungkan semuanya ke dalam keluarga ‘Suite Creative’ dan setiap aplikasi ini mengekalkan standard yang tinggi untuk melakukan pekerjaan “profesional” yang diterima secara universal oleh industri percetakan mahupun penyiaran di seluruh dunia.

Di dalam artikel ini saya tidak mahu menyentuh tentang alternatif kepada adobe. Kerana saya ingin menulis artikel berasingan tentang itu nanti. Banyak benda saya mahu cerita tentang alternatif kepada adobe dan kenapa kita perlu gunakannya berbanding adobe. Antaranya ialah GIMP, Inkscape dan pembunuh career designer no 1, Canva.

Mesin

Komputer keluaran Apple direka untuk ‘designer’. Kelebihan Apple ini, apabila anda membelinya, anda hanya perlu keluarkan dari kotak, hidupkan dan anda sudah boleh ‘install’ program ‘design’ yang anda ingini. Dan anda boleh mula men-‘design’. ‘Processor’ dan ‘Gfx’ yang dipilih sebagai spesifikasi telah di-‘tune’ sebaik mungkin untuk mencapai tahap optimum.

Terdapat perdebatan yang tidak pernah berakhir sama ada Mac lebih baik dari PC. “Lebih baik” sudah tentu istilah subjektif. Sebagai contoh, walaupun Mac secara amnya diakui lebih mudah digunakan. Tetapi jika anda pengguna Windows yang lama, anda pasti merasakan mac banyak menyusahkan.

Ini adalah 'the ultimatum' kepada mesin & Aplikasi kepada designer. Terdapat perdebatan yang tidak pernah berakhir sama ada Mac lebih baik dari PC. "Lebih baik" sudah tentu istilah subjektif; sebagai contoh, walaupun Mac secara amnya diakui lebih mudah digunakan, jika anda pengguna Windows yang lama, anda pasti merasakan mac banyak menyusahkan.

Bechtle

Hackintosh

Walaubagaimanapun, jika anda teringinkan Apple tetapi anda tidak mampu, mungkin anda boleh cuba Hackintosh. Silalah lakukan carian google, bagaimana sebuah PC yang menyerupai ciri-ciri spesifikasi sesebuah Mac, dan di-‘install’ dengan Mac OS. Saya mempunyai sebuah Hackintosh dan kini dijadikan komputer keluarga.

Kebaikan Hackintosh, kosnya yang lebih murah. Selain itu kemudahan membaiki. Dan kebebasan untuk menggunakan pilihan komponen sesuai yang tidak terdapat dalam produk Apple. Laptop yang telah di-Hackintosh-kan kadangkala dikenali sebagai “Hackbooks”. Ianya layak untuk menjadi mesin & Aplikasi kepada designer.

Kebaikan Hackintosh, ialah kos yang lebih murah, kemudahan membaiki dan kebebasan untuk menggunakan pilihan komponen sesuai yang tidak terdapat dalam produk Apple berjenama. MacOS juga boleh dijalankan pada beberapa platform virtualisasi bukan Apple. Komputer riba Hackintosh kadangkala dikenali sebagai "Hackbooks". Ianya layak untuk menjadi mesin & Aplikasi kepada designer.

AtulHost

Murah vs Mahal

Terdapat banyak lagi teknik dan tips untuk lebih jimat samada mencari jenama lain atau DIY. Semua orang sedia maklum yang produk Apple ini produk kayangan. Akan tetapi, kita perlu maklum, murah dan DIY ini kadang-kadang mencipta lebih banyak masalah dan kemungkinan kosnya akan bertambah. Selain itu, anda perlu mengulangi proses jika ianya gagal.

Saya ambil 1 contoh. Suatu ketika dahulu, saya membuat ‘survey’ mengenai ‘action camera’. Selepas menonton beberapa video ‘comparison’ dan membaca beberapa artikel review mengenainya, saya membuat keputusan bahawa, saya akan pergi kepada jenama yang popular seperti insta 360 atau GoPro.

Walaupun Yi Camera menghasilkan video output yang lebih berkualiti dan harganya jauh lebih murah, tetapi ‘after sales experience’ dan aksesori yang tersedia di pasaran. Saya yakin, dari segi aksesori, kita boleh dapat dimana-mana. Dan terlalu banyak aksesori tambahan untuk produk GoPro jika dibandingkan dengan Yi Camera.

Yi Camera menghasilkan video output yang lebih berkualiti dan harganya jauh lebih murah, tetapi 'after sales experience' dan aksesori yang tersedia di pasaran. Saya dapati, dari segi aksesori, kita boleh dapat dimana-mana dan terlalu banyak aksesori tambahan untuk produk GoPro jika dibandingkan dengan Yi Camera.

Expert Vagabond

Kesimpulannya

Untuk menjadi designer yang dapat fokus 100% hanya kepada kerja design, peralatan seperti mesin yang diperlukan haruslah terbaik. Aplikasi yang digunakan pula adalah yang terbaik. Walaupun ianya mungkin lebih mahal, tetapi ia adalah pilihan yang tepat. Mudah dari segi mendapatkannya dan boleh dipercayai kerana jenamanya.

Tetapi tidak bermakna, kalau kita gunakan PC Windows, kita tidak boleh menjadi ‘designer’. Topik ini subjektif dan ini hanyalah ‘my point of view’. Dan saya bukan nak mulakan perdebatan. Tetapi, komen dan pendapat anda sangat-sangat dialukan.

p/s: saya mengharapkan sesorang menghadiahkan saya sebuah macbook pro 2022 sebagai Mesin & Aplikasi ‘Designer’ pada hari jadi saya esok. aminnnn

Leave a Comment