5 Tips memilih Font bagi merekacipta Infografik
Memilih font yang betul untuk infografik adalah penting kerana ianya salah satu faktor menarik perhatian penonton. Di sini kita akan bincangkan tips memilih font bagi merekacipta infografik untuk membantu memukau penonton anda.
1. Keseragaman

Cuba untuk kekalkan keseragaman atau konsisten font dalam reka bentuk infografik anda. Ini adalah penting untuk mewujudkan nilai profesional. Jika anda menggunakan pelbagai jenis font, pastikan font tersebut saling melengkapi dan mencipta hierarki visual yang harmoni.
2. Penyelarasan mesej

Ambil perhatian kepada mesej dan nada infografik anda semasa memilih font. Font boleh menyampaikan emosi dan mesej yang berbeza. Sebagai contoh, font tebal (bold) dan huruf besar mungkin sesuai untuk tajuk utama, manakala font yang bersahaja (casual) dan mesra mungkin berfungsi sebagai keterangan atau sari kata.
3. Saiz
Saiz font dalam merekacipta infografik anda perlulah bersesuaian dengan medium yang dipilih. Jika infografik anda akan ditayangkan pada skrin kecil, seperti telefon pintar, pilihlah font yang mudah dibaca pada saiz yang lebih kecil. Sebaliknya, jika infografik anda akan dicetak dan dipaparkan pada skrin besar, anda mungkin mempunyai lebih banyak pilihan font yang lebih besar dan efektif.

4. Kontras

Pertimbangkan untuk menggunakan font yang berbeza untuk menarik minat penonton. Font yang berbeza boleh memandu arah pembaca kepada perkara yang penting dalam infografik. Walau bagaimanapun, jangan keterlaluan dalam jumlah font yang digunakan. Ini kerana menggunakan terlalu banyak font yang berbeza boleh menjadikan infografik anda kelihatan serabut dan “rojak”.
5. Eksperimen dan dapatkan maklum balas
Photo by John Schnobrich on Unsplash
Akhir sekali, jangan takut untuk mencuba beberapa font yang berbeza dalam reka bentuk infografik anda. Cipta pelbagai versi infografik anda dengan font yang berbeza. Kemudian dapatkan maklumbalas dari orang lain untuk membantu anda membuat keputusan. Ini memudahkan anda memilih versi mana yang terbaik. Cuba bereksperimen dengan saiz atau gabungan font yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang paling optimum.
6. Bonus: Ruang (Legibility)

5 Fascinating Font Infographics
Faktor yang agak penting untuk dipertimbangkan semasa memilih font ialah kebolehbacaannya. Pastikan font yang anda pilih mudah dibaca, walaupun pada saiz yang kecil. Elakkan font terlalu “berbunga” atau kompleks. Ini menyebabkan penonton anda sukar untuk memahami apa yang anda ingin sampaikan. Font Sans-serif seperti Arial, Helvetica, dan Roboto sangat popular di dalam seni infografik. Ini kerana ianya lebih bersih, moden dan tahap kebolehbacaannya.
Penutup
Perlu diingat, font yang anda pilih untuk infografik anda seharusnya meningkatkan daya tarikan mesej anda. Dengan mempertimbangkan faktor-faktor seperti dibincangkan diatas, anda boleh memilih font yang betul bagi menyempurnakan rekacipta infografik anda. Secara tak langsung ianya membantu anda menyampaikan maklumat anda dengan berkesan.