Cara saya bina Infografik

Semasa saya memulakan kursus latihan tentang Infografik 3 tahun lepas, istilah ini masih agak baru bagi kebanyakan orang, terutamanya di Malaysia. Ketika itu saya mengadakan kelas fizikal dan online tentang Infografik. Akan tetapi, ianya sering menyebabkan banyak orang keliru sehingga saya lebih mudah untuk memberitahu orang ramai,“saya mengajar PowerPoint”, dari memberitahu “saya mengajar Infografik menggunakan PowerPoint”.

banyak orang keliru sehingga saya lebih mudah untuk memberitahu orang ramai,“saya mengajar PowerPoint”, dari memberitahu “saya mengajar Infografik menggunakan PowerPoint”.

Photo by Redd F on Unsplash

Kini, istilah infografik sudah digunapakai oleh kebanyakan orang. Sehingga kini, sesetengah orang masih berpendapat bahawa agensi komunikasi visual tidak lebih daripada agensi reka bentuk yang diberi nama baru. Sedangkan komunikasi visual ini ialah salah satu kaedah menterjemahkan sesuatu di dalam bentuk grafik.

Ditakdirkan, bermula tahun lepas, saya berpeluang mengajar salah satu mata pelajaran seni grafik, iaitu Komunikasi Visual di universiti swasta. Peluang ini saya gunakan untuk men-doktorin-kan semua pelajar saya tentang Infografik dan aplikasinya yang membantu komunikasi visual.

Ditakdirkan, bermula tahun lepas, saya berpeluang mengajar salah satu mata pelajaran seni grafik, iaitu Komunikasi Visual di universiti swasta. Peluang ini saya gunakan untuk men-doktorin-kan semua pelajar saya tentang Infografik dan aplikasinya yang membantu komunikasi visual.

Photo by Dom Fou on Unsplash

Infografik direka untuk menyampaikan dan menerangkan konsep yang rumit dengan cara yang simple. Ini supaya orang yang melihatnya, memahami dengan jelas apa yang disampaikan dan bagaimana untuk penonton dapat menyerap informasi yang disampaikan..

Sudah tentu, komponen di dalam infografik sangat penting, jika tidak, kita hanya boleh membaca teks artikel atau melihat nombor dan graf sahaja.

Langkah-langkahnya

Kesesuaian adalah satu lagi faktor penting. Setiap kali kita mencipta infografik, kita perlukan kesahihan data yang digunakan. Data diperiksa dan sumber rujukan ditunjukkan di suatu tempat pada infografik.

Satu lagi faktor ialah kesederhanaan dalam memilih topik. Pilihlah satu topik, bincangkannya dengan teliti, tetapi jangan lambakkan infografik anda dengan data yang terlalu banyak. Jika perlu, kecilkan skop atau beralih untuk membincangkan topik lain.

Langkah pertama, kita perlu memahami dengan jelas tentang tujuan infografik yang ingin dicipta: pendidikan, statistik dan sumber maklumat.

Langkah seterusnya ialah mengumpul dan menganalisis data. Apa imiginasi yang kita hendak ketengahkan, jenis infografik yang sesuai dengan data kita dan carta / visual dengan merujuk kepada hasil infografik orang lain.

Seterusnya draf – Gunakan pen dan kertas atau perisian yang sesuai untuk membuat draf pertama untuk ditunjukkan kepada rakan sekerja anda untuk dapatkan maklum balas. Saya sendiri lebih cenderung untuk membina draf menggunakan aplikasi seperti PowerPoint kerana sebarang penambah baikan boleh dilakukan terus semasa perbincangan.

Gunakan pen dan kertas atau perisian yang sesuai untuk membuat draf pertama untuk ditunjukkan kepada rakan sekerja anda untuk dapatkan maklum balas.

Photo by Kaleidico on Unsplash

Kemudian part paling seronok sekali baru sahaja bermula. Infografik kita akan mula dibina berdasarkan idea dan maklum balas dari rakan-rakan kita. Mungkin ada beberapa gangguan di sini, walaupun ia juga boleh berjalan lancar. Mungkin dari segi penggunaan warna atau gambar yang bersesuaian. Tapi itulah perkara yang menyeronokkan. 

Dan peringkat terakhir ialah kepuasan – kita persembahkan kepada klien kita atau bos kita.

kita persembahkan kepada klien kita atau bos kita.

Photo by Campaign Creators on Unsplash

Sebelum saya akhiri artikel ini, anda tahu elemen asas yang perlu ada didalam infografik? Jika tidak, baca artikel ini. Sekian.

Leave a Comment