Infografik boleh menukar maklumat yang bosan menjadi menarik. Saya pernah menulis artikel tentang definisi infografik.

6 Jenis Infografik Efektif yang Bakal Membuatkan Anda Terpaku

Infografik boleh menukar maklumat yang bosan menjadi menarik. Saya pernah menulis artikel tentang definisi infografik. Sila rujuk disini. Sama ada anda seorang yang bekerja di bahagian pemasaran yang ingin ‘upgrade’ artikel anda menjadi lebih menarik, atau pengurus yang ingin berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan team anda, infografik boleh dijadikan sebagai alat visual yang efektif.

Kadang-kadang kita buntu apabila mempunyai data dan kita tidak pasti apakah konsep dan jenis yang sesuai bagi infografik yang ingin dibina. Ataupun kita tidak pasti cara memvisualisasikan maklumat dengan berkesan. Di sinilah panduan ini mungkin dapat membantu anda.

Bagaimanakah anda memilih gaya infografik terbaik untuk maklumat kita? Ianya bergantung pada tujuan dan matlamat infografik yang ingin dibina. Selain itu, apa yang hendak digambarkan di dalam infografik tersebut? Dalam artikel ini, saya telah membuat senarai jenis infografik yang popular* yang pernah saya bina untuk klien saya. Saya juga sertakan contoh untuk memberi gambaran dan idea kepada anda. 

  1. Infografik Maklumat
  2. Infografik Statistik
  3. Infografik Penerangan Proses
  4. Infografik  Perbandingan
  5. Infografik Geografi
  6. Infografik Resume

*Terdapat berpuluh-puluh jenis infografik dalam lipatan dunia ini. Senarai ini ialah senarai yang pernah saya bina dan yang ingin saya kongsikan sahaja di dalam artikel kali ini. 

1. Infografik Maklumat
infografik ini adalah yang paling popular.

Pada pendapat saya, jenis infografik ini adalah yang paling popular. Ianya adalah infografik terbaik untuk menyampaikan konsep baru secara khusus dan jelas. Atau untuk memberikan gambaran keseluruhan topik yang ingin disampaikan.

Kebiasaannya, infografik maklumat dibahagikan kepada bahagian dengan topik beserta dengan subtopiknya. Nombor disertakan pada setiap bahagian, membantu pembaca untuk mengemudi reka bentuk infografik anda (kronologi). Selain itu, kajian mendapati bahawa pembaca lebih cenderung menyukai infografik yang disertakan dengan nombor di dalam tajuk. Seperti tajuk pada artikel ini.

Walaupun ianya berbentuk kronologi, tetapi kita tidak perlu untuk  mengikuti peraturan kronologi tersebut. Jika anda mempunyai koleksi tips atau petua yang tidak terikat pada kronologi, maka boleh cuba untuk memilih susun atur bulat seperti contoh ini:

ika anda mempunyai koleksi tips atau petua yang tidak terikat pada kronologi, maka boleh cuba untuk memilih susun atur bulat

Gunakan kreativiti anda dalam merekabentuk, contohnya warna. Ini bagi memastikan orang ramai memberi perhatian kepada infografik anda. Sebagai contoh, jenis infografik maklumat ini dibina dengan 3 warna latar belakang yang berbeza untuk setiap bahagian:

Sebagai contoh, jenis infografik maklumat ini dibina dengan 3 warna latar belakang yang berbeza untuk setiap bahagian.

Menambah border hiasan di setiap bahagian juga boleh menambah sedikit keceriaan pada rekaan anda. Sebagai contoh, infografik ini mencapai keseimbangan antara hiasan dan pemisah (separation):

infografik ini mencapai keseimbangan antara hiasan dan pemisah (separation)
2. Infografik Statistik
Infografik statistik adalah jenis infografik yang boleh anda gunakan untuk memaparkan kandungan dengan lebih sistematik kepada pembaca.

Infografik statistik adalah jenis infografik yang boleh anda gunakan untuk memaparkan kandungan dengan lebih sistematik kepada pembaca. Ianya merangkumi carta pai, graf bar dan sebarang visual data yang lain. Peranannya adalah untuk mempersembahkan data dan statistik. Kebanyakannya, infografik jenis ini selalu bertujuan untuk membentangkan hasil tinjauan atau penyelidikan. 

Sebagai contoh, anda menulis catatan blog mengenai statistik pengurusan projek. Sekiranya anda berhasrat untuk menulisnya dalam sebuah artikel, pembaca mungkin sekali akan abaikan artikel anda. Ianya terlalu bosan.

Jika anda mempunyai catatan blog yang penuh dengan data, mungkin anda boleh cuba pertimbangkan untuk menggunakan infografik statistik. Sertakan nilai peratusan di samping ilustrasi yang bersesuaian untuk menarik perhatian penonton dan menarik pembaca.

Sekiranya anda berhasrat untuk menulisnya dalam sebuah artikel, pembaca mungkin sekali akan abaikan artikel anda. Ianya terlalu bosan. Jadi, gunakan data untuk menarik perhatian mereka.
3. Infografik Penerangan Proses
Infografik Penerangan Proses secara visual merangkumi elemen utama,iaitu, langkah-langkah tindakan dan proses.

Infografik Penerangan Proses secara visual merangkumi elemen utama,iaitu, langkah-langkah tindakan dan proses. Infografik jenis ini sesuai jika terdapat maklumat teknikal atau langkah-langkah yang kompleks. 

Selain itu, ianya juga dapat membantu pelanggan anda tentang cara menggunakan produk anda, dengan ini, anda dapat meningkatkan nilai dan keunikan produk anda. Ianya juga berguna bagi tujuan menyerlahkan langkah-langkah yang penting, dan permudahkan idea-idea yang kompleks. Tekniknya dengan memecahkan dan mengumpulkan mengikut kategori dan subkategori.

Ianya juga berguna bagi tujuan menyerlahkan langkah-langkah yang penting, dan permudahkan idea-idea yang kompleks. Tekniknya dengan memecahkan dan mengumpulkan mengikut kategori dan subkategori.
4. Infografik Perbandingan
Ini ialah infografik yang wajib ada dalam senarai saya. Ianya infografik jenis yang membandingkan dan membezakan secara visual.

Ini ialah infografik yang wajib ada dalam senarai saya. Ianya infografik jenis yang membandingkan dan membezakan secara visual. Dengan membentangkan dua atau lebih alternatif bersebelahan, jenis infografik ini membantu pembaca memahami perbezaan samada dari segi konsep. Dan, dalam kebanyakan kes, memilih pilihan mana yang terbaik untuk pembaca.

Dalam dunia bisnes, infografik perbandingan digunakan untuk mempamerkan bagaimana produk atau perkhidmatan kita mempunyai kelebihan dibandingkan dengan pesaing kita. Mereka biasanya menggunakan format jadual yang diceriakan dengan ikon atau ilustrasi. Ini bagi membantu pembaca menggambarkan persamaan dan perbezaan. Jenis infografik ini sangat kuat apabila diletakkan dalam catatan blog dan artikel anda. Selalunya sebagai rumusan dari artikel anda.

Jika anda menulis kandungan yang melibatkan perbandingan atau perbezaan, gunakan jenis infografik ini untuk menambah ‘umph’ dalam analisis anda. Dengan menyerlahkan topik anda, ianya akan menjadikan artikel anda lebih mudah untuk diimbas dan membantu pembaca.

5. Infografik Geografi
Infografik geografi adalah grafik yang berbentuk visual yang menyampaikan maklumat yang melibatkan lokasi.

Ini juga infografik yang digunakan secara meluas oleh kebanyakan syarikat dan organisasi. Infografik geografi adalah grafik yang berbentuk visual yang menyampaikan maklumat yang melibatkan lokasi. Ia biasanya dibentangkan dalam bentuk peta, sama ada peta dunia atau peta yang menggambarkan negara atau rantau tertentu.

Kebiasaannya, ia digunakan apabila kita ingin menyampaikan data demografi atau maklumat khusus berkenaan lokasi. Ianya sangat sesuai kepada mereka yang bekerja dalam bidang pemasaran atau pemilik perniagaan kecil. Kerana ianya boleh digunakan untuk mengkhususkan maklumat yang melibatkan sasaran pelanggan. 

Ataupun jika kita berhasrat untuk berkongsi statistik yang melibatkan negara-negara, gunakanlah infografik jenis ini. Ini menarik perhatian penonton untuk melihat dengan teliti angka-angka dan data yang disertakan. Dan ia juga membantu penonton membuat perbandingan data antara pelbagai tempat di seluruh dunia.

Ini menarik perhatian penonton untuk melihat dengan teliti angka-angka dan data yang disertakan.
6. Infografik Resume
Pada pendapat saya, infografik resume tidak dapat menggantikan resume tradisional. Tetapi ianya dokumen visual pandang pertama yang menentukan samada kita akan ke fasa  temuduga ataupun tidak.

Saban hari, persaingan untuk mendapatkan kerja begitu sengit. Pencari kerja perlu mencari cara kreatif untuk menghebahkan keunikan mereka. Itulah sebabnya resume infografik menjadi popular beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada pendapat saya, infografik resume tidak dapat menggantikan resume tradisional. Tetapi ianya dokumen visual pandang pertama yang menentukan samada kita akan ke fasa  temuduga ataupun tidak. Ianya juga sesuai untuk diletakkan di laman web sebagai portfolio atau dilampirkan di dalam emel semasa memohon kerja.

Sebagai contoh, resume infografik dibawah ini mempunyai skema warna yang monotone dan minimum. Ikon yang digunakan begitu santai dan bahagian sisi menambah rencah pada reka bentuknya:

Binalah resume yang mencerminkan kemahiran dan pengalaman anda. Sebagai contoh, resume infografik ini menggunakan peta minda ringkas dengan ikon yang menggambarkan pengalaman anda:

Masukkan elemen keceriaan dalam resume infografik anda dengan latar belakang yang mencerminkan kepribadian anda. Sebagai contoh, latar belakang berdaun memberikan resume infografik ini rasa yang tenang dan mesra. Dikatakan teknik ini sesuai untuk penasihat perkhidmatan pelanggan:

Masukkan elemen keceriaan dalam resume infografik anda dengan latar belakang yang mencerminkan kepribadian anda.
Penutup

Demikianlah artikel tentang 6 jenis infografik yang efektif untuk meningkatkan produktiviti dan pemasaran anda. Diharapkan contoh-contoh dan penerangan ini memberi inspirasi kepada anda, dan juga saya sendiri ketika membina infografik.

Infografik yang kreatif mudah dibuat, dan ia boleh diedarkan di platform dan saluran yang berbeza untuk membantu anda menarik perhatian pembaca. Membina ‘network’ di alam maya ini adalah sebahagian besar daripada keperluan mana-mana syarikat dan organisasi. Dan visual yang menarik dapat membantu anda mencapai kejayaan ini. Berminat ingin belajar infografik menggunakan PowerPoint? Sertailah kelas online ini.

Leave a Comment