platform video selamat untuk kanak kanak islam

Platform Video Selamat untuk Kanak-kanak Islam

Mak Ayah, Jangan Biarkan Anak-Anak  Berseorangan Menonton Video dan Iklan di Y**Tube. Padah Akibatnya…! Kini ada Alternatif Baru Yang Lebih Islamik, Selamat dan Mesra Keluarga Tanpa Iklan.

Memperkenalkan Durioo+
Platform video selamat untuk kanak-kanak Islam.

Durioo+ adalah platfom video selamat yang di bangunkan khusus untuk kanak-kanak Islam. Semua konten di dalam Durioo+ adalah konten yang selamat dan mempunyai pembelajaran, nilai-nilai murni dan nilai-nilai Islam.

Ada animasi, lagu kanak-kanak, doa, zikir, cerita, bacaan Quran, dokumentari, rancangan realiti dan banyak lagi. Setiap minggu, konten baru akan di muat naik. Semua ini dengan satu harga bulanan yang sangat berbaloi. Dapatkan sekarang!

Kenapa Durioo+

Y***Tube telah menjadi salah satu platform utama yang digunakan oleh kanak kanak di zaman digital sekarang ini. Sebagai platform percuma antarabangsa dan terbuka kepada semua, kita tidak boleh kawal sepenuhnya video apa yang mereka tonton.

Ini menyebabkan kanak kanak banyak terdedah kepada konten bertentangan dengan ajaran Islam contohnya Christmas, Hanukkah dan lain-lain. Terdapat banyak konten tidak senonoh seperti seksual, mabuk atau agresif dan bermacam lagi yang cuba menyamar sebagai konten kanak kanak walhalnya tidak bermanfaat. Saya bagi contoh, Huggy Wuggy dan Happy Tree Friends.

Baru-baru ini, salah satu platform antarabangsa yang terkenal telah mengumumkan bahawa 50% konten mereka akan menyokong LGBTQ. Bukan mereka sahaja, malah pelbagai lagi platform dan rancangan yang turut sama makin berani menyerlahkan agenda LGBTQ di dalam konten mereka. Apatah lagi kedalam konten untuk kanak-kanak.

Usaha menormalisasikan LGBTQ secara besar besaran di peringkat antarabangsa ini perlu dibendung kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam. Platform percuma pula seperti Y**Tube yang diminati kanak kanak dipenuhi dengan Iklan yang mengarut yang boleh memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Disebabkan oleh konsep ‘open platform’, kita sebagai ibu bapa tidak boleh mengawal iklan apa yang akan ditonton oleh anak-anak kita. Di luar sana, susah untuk mendapatkan konten yang mempunyai nilai islamik untuk kanak-kanak terutamanya untuk kanak-kanak 2 hingga 12 tahun. Anak-anak perlu didedahkan kepada konten menarik yang mempunyai nilai islamik untuk membina Ummah yang baik daripada kecil.

Kami Faham Kekecewaan Ibu Bapa

Ramai ibubapa menghubungi kami, meninggalkan komen di pelantar tersebut dan melahirkan rasa kecewa, marah, keliru, terhadap animasi-animasi yang kami upload. Mereka mengadu animasi kami mengandungi iklan-iklan forex, produk dewasa, judi dan pelbagai jenis iklan yang tidak sesuai untuk anak-anak.

Walaupun ada tetapan â€˜Parental Control’, Y***tube sendiri adalah dibuat untuk pasaran Amerika, jadi apa yang sesuai dipasaran mereka kebanyakan tidak sesuai untuk kanak kanak Islam.

kerisauan ibu bapa tentang konten digital zaman sekarang. Langgan lah durioo+
kerisauan ibu bapa tentang konten digital zaman sekarang. Langgan lah durioo+

Hakikatnya juga, kami juga tidak ada kuasa untuk menentukan iklan apa yang dipaparkan pada channel kami. Kuasa kami terhad untuk bendung iklan-iklan yang dipaparkan . Semuanya ditentukan oleh algoritma pelantar percuma tersebut yang kebanyakkannya ditentukan oleh cookies dan history browser pengguna.

Sebab itulah, saya nekad dan mengambil keputusan untuk menyediakan satu pelantar baru, mesra anak-anak hingga dewasa, menerapkan nilai-nilai islamik disamping kandungan konten yang menarik dan mendidik tanpa iklan yang mengganggu pengalaman pengguna.

Kelebihan Durioo+
Durioo+ Menyediakan Platform Selamat untuk Kanak-Kanak Islam

Nikmat di TV – Tonton Durioo+ di Android TV, Android TV Box yang diperakui Google, Apple TV atau Chromecast. Akan datang ke Samsung Smart TV (Tizen OS).

3 Peranti Serentak – Tonton Durioo+ di telefon bimbit, tablet, iPad, Android TV, Apple TV dan web.

Muat turun untuk tonton offline – Nak balik kampung tapi tak ada line? Tak ada masalah, muat turun rancangan kegemaran anak anda dan tengok bila-bila masa.

Kandungan Durioo+
Kami rasakan cara terbaik untuk mendidik anak anak untuk berminat dengan Islam adalah dengan cara yang lebih menarik minat mereka.

Durioo+ adalah sebuah platform selamat untuk kanak-kanak Islam. Kandungan konten di dalam Durioo+ terdiri daripada Konten yang mempunyai nilai Islamik, Konten pembelajaran menarik untuk Kanak-Kanak Islam, Konten yang telah ditapis oleh Ibu Bapa Muslim, Konten menarik untuk tontonan Anak-Anak dan yang paling penting Konten bebas iklan

Kami rasakan cara terbaik untuk mendidik anak anak untuk berminat dengan Islam adalah dengan cara yang lebih menarik minat mereka (animasi, hiburan berinfomatif, visual interaktif) yang mengaktifkan kebolehan kognitif dan kreatif, bukannya hanya secara pendidikan formal semata mata.

Apa kata Pakar

Tahniah kepada Durioo+ kerana berjaya menghasilkan rancangan yang baik untuk kanak-kanak. Bagus bila ada platform digital yang sudah ditapis, patuh Syariah, dan tiada kandungan bukan-bukan. Apa yang kita tanam hari ini untuk anak-anak kita, itu akan kita tuai nanti apabila mereka dewasa

Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad – Pakar Motivasi & Transformasi Diri

Saya boleh katakan mereka (team Durioo+) sangat dedikasi dalam memastikan kualiti kandungan yang dihasilkan menepati apa yang terbaik untuk kanak-kanak.

Mufti Ismail Menk – Ulama/Pendakwah Antarabangsa

Cuba bayangkan, kalau ada satu platform yang dari awal hingga hujung dia, adalah berbentuk Islamik dan dikawal tetapi sangat menarik. Jadi, bila kita play, kita tak takut anak kita punya pemikiran dan kandungan yang dia tengok.

Durioo+ sangat membantu dan besar impaknya kepada masyarakat terutamanya untuk memberikan maklumat Islam kepada usia awal, seawal kanak-kanak.

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid – Perunding Syariah/Pendakwah

Durioo+ menyajikan pelbagai kandungan yang sangat menarik. Setip ibu bapa perlu dapatkan platform Durioo+ ini untuk anak-anak supaya mereka dapat berhibur dalam suasana yang patuh syariah dan paling penting selamat untuk mereka.

Dr. Taufiq Razif – Pendidik & Penulis Ilmu Keibubapaan

Ia penuh dengan elemen pembelajaran Islam dan nilai-nilai murni. Itulah kekuatan Durioo+. Ada juga diselitkan nasihat pendek yang memberi kesan dan impak positif kepada kanak-kanak.

Dr. Redza Zainol – Pegawai Perubatan Pediatrik/Kanak-kanak
Penutup
Saya sebagai bapa kepada 3 orang anak pastinya mahukan yang terbaik. Baik dari segi hiburan dan pembelajaran. Jadi saya sendiri melanggannya dan saya berpuas hati.

Saya sebagai bapa kepada 3 orang anak pastinya mahukan yang terbaik. Baik dari segi hiburan dan pembelajaran. Jadi saya sendiri melanggannya dan saya berpuas hati. Jika anda mahukan hiburan yang bukan sahaja mendidik anak-anak malah menerapkan nilai-nilai murni Islam, bebas dari segala perkara yang boleh memesongkan pemikiran anak-anak dengan perkara negatif, maka kini anda patut sudah sedar bahawa perlunya satu pelantar hiburan yang selamat.

Ini satu-satunya pelantar hiburan khas untuk anak-anak dan keluarga yang bebas dari fahaman songsang, bebas dari politik dan bebas dari perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Malah, pelantar hiburan ini juga bebas daripada iklan. Pada masa yang sama membantu membentuk bakal insan yang beradab, beriman, berjaya di dunia dan di akhirat.

Dapatkan langganan Durioo+ untuk 6 bulan dan 1 tahun sekarang!

Leave a Comment