7 Elemen Asas Reka Bentuk untuk Infografik

7 Elemen Asas Reka Bentuk Infografik

Adakah anda mahukan infografik yang menarik perhatian? Dalam artikel ini saya akan berkongsi 7 elemen penting yang perlu ada dalam infografik.Tidak kisah apa jua platform yang anda gunakan, samada PowerPoint, Canva, Illustrator atau Pixtochart.

Perkara penting yang perlu diketahui ialah terdapat infografik yang menarik perhatian kita, tetapi tidak perlu mempunyai grafik yang cantik. Ini kerana asas rekabentuk infografik adalah mengenai komunikasi, dan ini bermakna anda perlukan beberapa elemen untuk melakukannya.

Kita sebagai manusia menggunakan salah satu pancaindera kita iaitu penglihatan. Dan minda dapat membaca dengan cepat untuk menangkap imej berbanding teks. Manusia akan ‘scan’ informasi dengan menyimpan maklumat penting secara visual. Lagi-lagi maklumat itu menarik.

Mari kita mulai melihat elemen yang perlu ada ketika membina infografik yang tersenarai di bawah:

1. Tajuk dan Subheading yang bermaklumat

Infografik memudahkan data yang panjang atau kompleks dengan membentangkannya ke dalam bentuk yang mudah secara visual. Anda mahu pembaca menyerap maklumat dengan pantas. Salah satu caranya ialah dengan memasukkan tajuk dan subhead yang bermaklumat.

Salah satu caranya ialah dengan memasukkan tajuk dan subhead yang bermaklumat.
2. Data

Data ialah komponen infografik yang paling penting. Cuba ingat kembali semasa di alam persekolahan kita. Kita terpaksa menulis laporan dan sumber rujukan didalam artikel atau karangan yang dikarang – dan ianya perlu sahih. Infografik adalah sama seperti laporan sekolah. Anda perlu memastikan data anda tepat dan menggunakan sumber yang sahih.

Data ialah komponen infografik yang paling penting.
3. Peraturan Hierarki

Peraturan hierarki bermaksud bagaimana kita menonjolkan susun atur infografik, menentukan hala tuju dan memberi pengalaman unik kepada penonton. Ini penting apabila terdapat banyak data yang ingin disampaikan dalam ruang yang terhad.

Secara literal hierarki bermaksud susunan berasaskan sistem visual di mana perkara-perkara disusun mengikut prioriti. Sebagai contoh, tajuk infografik sentiasa berada di bahagian atas dan saiz font yang besar. Ianya harus mudah dilihat, dibaca dan difahami pada sekilas pandang. Ianya sama dengan kaedah yang diguna pakai oleh akhbar atau majalah. Tajuk adalah perkara yang paling penting.

Gunakan teknik hierarki ini untuk infografik anda dengan mencipta rangka visual sebelum merekabentuk. Kita juga perlu menganalisis kandungan dan mengenal pasti bahagian yang penting dahulu. Gambarajah dibawah ialah ringkasan tentang cara hierarki berfungsi dalam susun atur infografik.

Peraturan hierarki bermaksud bagaimana kita menonjolkan susun atur infografik, menentukan hala tuju dan memberi pengalaman unik kepada penonton.
4. Tipografi

Anda pasti pernah dengar tentang tips tidak menggunakan lebih dari 3 font yang berbeza. Tidak dapat tidak, memang tips ini boleh dianggap sebagai prinsip. Kebiasaannya saya menggunakan 2 font sahaja. Itu pun terlalu banyak bagi sesetengah pereka yang berpengalaman.

Sebagai pereka, dengan mudahnya kita boleh memilih font yang kita perlukan dari library simpanan kita. Saban hari, ada sahaja font baru yang diperkenalkan. Walaupun tidak ada yang salah dengan menggunakan font baru dan menarik, anda perlu memastikan bahawa font tersebut sesuai dengan tema infografik kita.

Sebagai analogi, bayangkan font ini seperti mengenakan pakaian yang sesuai kepada kita. Dan pakaian itu perlu seiras dengan langsir dan wallpaper di dinding. Ianya perlu bekerjasama secara menyeluruh dan tidak menonjol antara satu sama lain. Dan ya, terdapat psikologi yang bersandaran dengan tipografi; sebab itu ianya sangat penting.

Sebagai pereka, dengan mudahnya kita boleh memilih font yang kita perlukan dari library simpanan kita.

Kita jangan sekali-kali menganggap remeh tentang font. Tidak dilupakan juga warna. Kedua-duanya adalah perkara pertama yang dilihat oleh penonton apabila mereka memandang infografik kita. Jika anda menggunakan font terbaru yang unik, ianya perlu masuk akal dengan mesej anda dan keseluruhan visual anda. Ianya juga mempunyai ciri-ciri mudah dibaca; jadi jauhkan diri anda dari menggunakan font graffiti.

Berikut adalah beberapa contoh elemen reka bentuk yang digunakan dalam infografik:

Jika anda menggunakan font terbaru yang unik, ianya perlu masuk akal dengan mesej anda dan keseluruhan visual anda.
5. Graf dan Carta

Jangan rasakan graf dan carta dalam infografik dengan data dalam Excel anda. Graf dan carta dalam infografik memaparkan data dengan cara yang unik dan kreatif. Di sinilah pereka akan menggunakan segala kudrat kreativitinya untuk menyerlahkan data.

Jenis graf atau carta yang digunakan bergantung pada data dan penceritaan. Sebagai contoh, apabila memaparkan data tentang manusia, pertimbangkan untuk menggunakan icon manusia dalam carta. Atau contoh lain, gunakan grafik untuk menggantikan nombor.

Penggunaan carta dan graf yang banyak boleh membebankan pembaca. Cuba elakkannya. Untuk bercerita dengan infografik, kita memerlukan keseimbangan graf, carta dan reka bentuk. Berikut adalah beberapa contoh graf dan carta dalam infografik:

Untuk bercerita dengan infografik, kita memerlukan keseimbangan graf, carta dan reka bentuk.
6. Penceritaan yang jelas dan teratur

Pembaca tidak hanya membaca infografik kita sekali imbas. Tetapi, selalunya mereka mahukan penceritaan yang menarik. Infografik harus disusun dengan jelas dan menjadi landasan kepada pembaca. Ini membolehkan pembaca mencerna maklumat yang terkandung dengan kaedah yang betul.

Pembaca tidak hanya membaca infografik kita sekali imbas. Tetapi, selalunya mereka mahukan penceritaan yang menarik.
7. Keharmonian Warna

Untuk memilih warna yang sesuai untuk infografik, kita perlu ‘mengorbankan’ sedikit masa dan memahami mesej infografik kita dan faktor penonton yang akan membacanya. Jangan syok sendiri.

Gabungan warna yang digunakan pada infografik mestilah warna yang harmoni. Maksud warna yang harmoni ialah warna yang dirujuk dari roda warna (color wheel).

Tips dan langkah ini akan memastikan warna dalam infografik anda berkomunikasi antara satu sama lain. Pasti dan pasti, kombinasi warna yang sistematik, dan warna yang betul dapat membantu kita mencari idea dan inspirasi reka bentuk infografik yang memukau.

Gabungan warna yang digunakan pada infografik mestilah warna yang harmoni.
Let’s Recap

Dengan mengingati 7 elemen ini, kita akan berada di atas landasan untuk membina infografik yang menarik perhatian pembaca. Selain itu, objektif kita membina infografik akan tercapai. Dalam perjalanan membinanya, pastikan kita dapat selari dengan elemen ini supaya hasilnya akan memuaskan kita. Ingat, pastikan ianya mudah, fokus pada cerita dan gunakan data yang tepat.

Anda boleh mendaftar sebagai pelajar disini kerana saya memberi banyak templat reka bentuk infografik sebagai sumber untuk membina infografik dengan hanya menggunakan PowerPoint sahaja.

Leave a Comment