6 Trend Reka Bentuk Menjelang 2023 berserta 1 Trend Bonus

6 Trend Reka Bentuk Menjelang 2023 berserta 1 Trend Bonus

Tahun 2023 kita akan berhadapan dengan trend reka bentuk yang pasti seronok – dan jangan terkejut jika saya katakan, cari semula buku buku zaman tadika kita. Kerana kita akan kembali semula kepada asas reka bentuk.

Trend reka bentuk 2023 akan membawa kita elemen asas yang akan lebih lazim. Dijangkakan reka bentuk tahun hadapan akan menjadi lebih bersih, komposisi geometri dan palet warna primer yang terang. Berikut ialah 6 senarai yang dirasakan trend 2023. 

P/S: Ini berdasarkan pendapat saya sendiri hasil dari kajian laman web yang kemudian saya satukan di dalam artikel saya.

1. Dark Mode
Dark Mode atau Mod gelap sesuatu apps selalunya menjadi pilihan di dalam smartphone.

Shift Dashboard — Dark Mode by Sergey Zolotnikov

Dark Mode atau Mod gelap sesuatu apps selalunya menjadi pilihan di dalam smartphone. Termasuk lah saya. Ianya menjadi trend interface yang akan mempunyai nilai estetika dan premium lagi moden dan anggun, yang baik untuk mata. Menurut kajian, di Malaysia, purata 9 jam sehari kita habiskan masa dengan smartphone.

Disebabkan banyak masa dihabiskan pada skrin, Dark Mode menjadi semakin popular. Jika anda membina sesuatu aplikasi yang melibatkan pengguna perlu melihat pada skrin untuk suatu jangka masa yang lama, anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan dark mode bagi meraih populariti.

2. Ilustrasi Unik
Selalunya ia menggabungkan watak yang digambarkan secara kreatif bagi menarik perhatian pengguna, meluahkan perasaan, dan mencipta pengalaman yang unik. 

https://atomic.ie/manifesto/

Ilustrasi yang ‘custom’ bakal menjadi isu hangat bagi tahun 2023. Ini adalah kerana grafik ‘custom’ yang dicipta secara unik yang ber-identiti-kan jenama dapat dihidupkan dengan grafik animasi. Selalunya ia menggabungkan watak yang digambarkan secara kreatif bagi menarik perhatian pengguna, meluahkan perasaan, dan mencipta pengalaman yang unik. 

Oleh itu, membuat ilustrasi dengan persediaan rapi bukan sahaja meningkatkan user experience, tetapi ianya juga dapat membantu anda menyampaikan brand story dan produk anda. Tambahan pula mendapat liputan dan perhatian yang tinggi.

3.Visual Inklusif
ada dasarnya, reka cipta era ini lebih bersifat kemanusiaan dengan kepelbagaiannya dalam banyak konteks, termasuk kepelbagaian latar belakang, budaya, dan skill.

Meg Robichaud

Visual inklusif adalah langkah yang lebih jauh dan bukan sekadar reka cipta grafik. Ianya memberi kesan dalam banyak bidang khususnya kehidupan masa kini. Pada dasarnya, reka cipta era ini lebih bersifat kemanusiaan dengan kepelbagaiannya dalam banyak konteks, termasuk kepelbagaian latar belakang, budaya, dan skill.

4.3D Grafik
Ketika dunia kini menuju kepada metaverse, grafik 3D akan terus muncul sebagai trend yang kuat.

https://chirpley.ai/

Ketika dunia kini menuju kepada metaverse, grafik 3D akan terus muncul sebagai trend yang kuat. Jika diperhatikan, saban tahun, apabila bercerita tentang trend, kita pasti akan bercerita tentang 3D. Ianya sinonim dengan trend setiap tahun. Setiap tahun, permintaan kepada virtual realiti sentiasa meningkat. Dan grafik semakin realistik bakal menarik penonton dan akan terus berkembang di pelusuk setiap industri.

Sama ada anda berada dalam industri produk makanan, kesihatan, pendidikan atau pelancongan, anda perlu mulakan langkah samada belajar 3D grafik atau bersedia untuk mengupah pekerja yang mahir tentangnya. 

5. Grafik dengan Gerakan
kajian menunjukkan pengguna lebih cenderung untuk memberi perhatian kepada video daripada imej statik

Irina Kegishyan

Kajian menunjukkan pada tahun ini (2022), sebanyak 73% marketer akan menghasilkan produk explaination. Berita baik jika anda terlibat di dalam grafik motion atau grafik animasi. Ianya bakal menjadi elemen terpenting pada tahun hadapan.

Di saat artikel ini ditulis, kajian menunjukkan pengguna lebih cenderung untuk memberi perhatian kepada video daripada imej statik, itulah sebabnya grafik gerakan telah menjadi popular. Lihat sahaja populariti TikTok tahun ini berbanding tahun-tahun lepas. Popularitinya naik secara mendadak. Ianya boleh dikatakan scroll stopper dan trend ini akan pergi lebih jauh. Jangan lupa baca artikel yang saya tulis tentang Video Presentation lebih efektif dari PowerPoint disini.

6. Bold
Jika anda seorang yang pereka seni dan anda meluat mendengar orang memberi komen kepada design anda dengan berkata 'make it Pop!'

Nike90 Store by Balraj Chana

Jika anda seorang yang pereka seni dan anda meluat mendengar orang memberi komen kepada design anda dengan berkata ‘make it Pop!’ maka pada tahun 2023 istilah ‘pop’ itu pasti akan memudahkan anda. Dijangkakan pada tahun 2023, penggunaan warna yang lebih cerah dan lebih berani akan menjadi trend sepanjang tahun.

Disamping itu, grafik pada tahun 2023 akan cenderung kepada bentuk yang bersih dan trend komposisi geometri. Warna-warna ini tidak bertujuan untuk menjadi faktor utama reka bentuk, tetapi, ia akan menjadi salah satu medium yang menghubungkan pereka design dengan penonton.

BONUS: Meme Popular
Meme boleh dikatakan wajib jika anda menggunakan media sosial. Ianya memberi ekspresi yang agak tepat tentang apa yang kita fikirkan tentang sesuatu.

digitalsynopsis.com

Meme begitu popular di media sosial ibarat taufan yang datang membadai. Kita dapat jangkakan tentang perkara ini. Meme boleh dikatakan wajib jika anda menggunakan media sosial. Ianya memberi ekspresi yang agak tepat tentang apa yang kita fikirkan tentang sesuatu. Dan ini salah satu cara maklum balas jika anda seorang marketers. Sekurang-kurangnya anda mendapat respon dari seseorang tentang perkara yang diviralkan.

Meme ini juga mempunyai kecenderungan untuk menarik lebih banyak perhatian netizen daripada yang lain. Itulah sebabnya syarikat atau influencer memanfaatkan trend ini untuk mendapatkan lebih banyak engagement, meng-viralkan sesuatu isu dan seterusnya meraih pelanggan baru. 

Penutup

Dengan artikel ini, sekurang-kurangnya anda mendapat ilham tentang trend 2023. Bersedialah untuk menghadapi taufan trend yang kalau kita tidak dapat ikut, sekurang-kurangnya kita bertahan. Selamat Tahun baru dan semoga sukses selalu.

Leave a Comment