Suasana dan Trend menjadi faktor Kreativiti Designer?

Adakah suasana dan trend menjadi faktor utama kreativiti seseorang designer? Isu ini sudah beberapa kali terjadi kepada saya, malah saya yakin deisgner lain pun juga telah merasainya. Kita kadang-kadang nak luahkan idea kreativiti kita. Tapi kadang-kadang kita terlupa yang kita dibayar untuk menyelesaikan masalah orang. Kita terlalu eager dan passionate. Adakalanya kita nak cuba trend terkini berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Sudah tentu warna dan format menjadi trend. Satu hakikat yang kita kena tahu, trend ialah bermusim. Tidak ada peraturan yang tegas dan cara yang cepat dalam menjadi designer. Sebagai designer kita perlu berbincang dengan klien kita untuk mendapat maklumat tentang apa yang diperlukan. Orang luar menilai sesebuah syarikat dengan logo dan warna yang digunakan. Sekiranya logo direka mengikut trend terkini, risikonya, ia dianggap sebagai muda dan tidak berpengalaman. Akan tetapi, bagi sesetengah orang, mereka akan berfikir yang logo ini inovatif dan menampakkan hala tuju. Pada pendapat anda, antara logo Burger dibawah yang mana satu mengikuti trend?

Antara ketiga-tiga logo ini, yang manakah mengikuti trend semasa? Saat dan ketika ini, designer cenderung kepada logo berbentuk hipster. Sedangkan dalam masa 1-5 tahun, trend logo hipster ini akan basi.

Merekabentuk logo dengan cara klasik boleh dianggap sebagai cara selamat walaupun tidak kreatif dan ketinggalan zaman. Perkara yang memerlukan trend hanya fesyen. Ianya akan cepat luput ditelan zaman.

Fesyen ialah seni kreativiti yang perlu mengikut trend terkini. Dan sangat jelas, design yang mengikut trend semasa ini akan ada tarikh luputnya.

Photo by Jason Briscoe on Unsplash

Kesimpulan

Jadi, adakah anda masih merasakan suasana dan trend menjadi faktor utama kreativiti seseorang designer? Ianya bergantung kepada jenis design yang kita sedang bangunkan. Jika ianya melibatkan digital marketing? Jawapannya ya. Jika ianya melibatkan sesuatu yang memerlukan jangka panjang untuk diubah dan melibatkan kos, tidak perlu terlalu ikut trend. Contoh yang saya boleh relatekan ialah letterhead dan logo sebuah syarikat. Andai kata suatu hari nanti, trending logo ketika itu ialah icon gradient. Designer tidak perlu terpengaruh dengan trend tersebut.

P/S: Apakah pendapat anda tentang New Media? Adakah anda tahu apa itu New Media? Apa yang baru dan apa yang tradisional? Adakah ia berbeza dengan teori komunikasi? Baca artikel saya ini tentang New Media.

Leave a Comment