tips banner bunting

5 tips Memahamkan Anda Tentang Banner Bunting

Banner dan bunting digunakan untuk mempromosikan samada produk dan perkhidmatan, event atau apa sahaja. Boleh dikatakan perkara yang memerlukan promosi, kita boleh gunakan banner atau bunting. Tidak terikat pada itu sahaja, bahkan, perkara yang hendak diwar-warkan juga boleh menggunakan banner atau bunting. Seperti perkahwinan, gotong royong anjuran wakil rakyat atau kempen menggalakkan orang untuk ke masjid.

Artikel kali ni akan membincangkan tentang tips ketika anda ingin menempah banner atau bunting.

1. Perbezaan

Kebiasaannya, orientasi Banner adalah secara melintang. Banner digantung menggunakan tali samaada tiang, pokok atau di pagar. Dari segi saiz, banner selalu dicetak besar. Semestinya banner yang memukau mampu memberi kesan kepada orang ramai yang melihatnya.

Orientasi Bunting pula adalah secara menegak. Selain ianya digantung, ia juga boleh dipasang menggunakan stand. Biasanya bunting mempunyai ukuran saiz yang lebih kecil dari banner dan dicetak lebih dari satu untuk diletakkan di sekitar tempat event. Bagi wedding, biasanya bunting digunakan untuk tunjuk arah ke rumah pengantin.

2. Saiz

Berdasarkan pengalaman saya, tiada Standard SIRIMdalam saiz banner. Kita boleh bina ikut kegunaan dan kesesuaian kita. Contohnya, jika client request banner untuk program percutiannya, saiznya tidak akan sama dengan banner untuk program kuliah forum perdana. Program percutian akan lebih kecil supaya senang disimpan dan guna ketika sesi fotografi. Manakala kuliah masjid, bannernya lebih besar supaya peminat kuliah atau ahli kariah masjid dapat lihat dari jauh.

Bunting pula mempunyai beberapa saiz. Ini kerana, ada sesetengah bunting yang disertakan dengan stand dan beg untuk disimpan dan diguna semula di masa akan datang. Seperti gambarajah dibawah:

Disini dibentangkan saiz yang biasa digunakan bagi memudahkan kita semua. Selain itu, mudah bagi saya sendiri untuk rujuk kembali jika ada permintaan untuk design banner/bunting. Untuk pengetahuan anda, saiz ini hanyalah panduan sahaja:

Banner:

  • 12 kaki x 4 kaki
  • 15 kaki x 4 kaki
  • 10 kaki x 5 kaki
  • 20 kaki x 4 kaki

Bunting:

  • 2 kaki x 5 kaki
  • 2 kaki x 6 kaki
  • 3 kaki x 6 kaki

3. Aplikasi

Aplikasi yang biasa saya gunakan ialah Adobe Illustrator. Anda juga boleh menggunakan Canva atau Adobe XD kerana ianya lebih mudah dan cepat. Disini saya sertakan sifir/kaedah saiz kanvas yang dibina di dalam aplikasi:

Saiz Banner/Bunting dicetakSaiz di dalam Aplikasi
12 kaki x 4 kaki12 inci x 4 inci
2 kaki x 6 kaki2 inci x 6 inci

Saiz ini tidak semestinya sama besar dengan saiz banner atau bunting yang akan dicetak kelak.

4. Typografi

Dari segi typografi, dicadangkan untuk menggunakan font Sans Serif. Ini kerana, tulisan ini sesuai untuk mata penonton mengimbas tulisan yang tertera pada medium tersebut. Sebaliknya, tulisan serif sesuai untuk penonton membaca. Jika anda ingin meletakkan cerpen pada banner/bunting anda, dipersilakan untuk menggunakan font serif. Hahaha.

5. Warna

Untuk design banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah bersesuaian. Warna yang lebih dari 4 is a big NO! Maksimum 4 warna sahaja.

Selain itu pastikan warna latar dapat dibezakan dengan tulisan.

BONUS: Teks apa perlu ada pada Design anda

Pastikan anda tahu apakah maklumat yang ingin dipaparkan di dalam banner/bunting. Jika ianya melibatkan event, pastikan tarikh dan tempat dipaparkan. Manakala jika ianya promosi produk anda, pastikan harga dipaparkan dengan jelas. Jika ianya kenduri kahwin, pastikan muka pengantin dan tuan rumah dipaparkan dengan jelas supaya mudah tetamu mengetahuinya. Tetamu mungkin tidak kenal muka pengantin. Tetapi mereka pasti akan kenal muka tuan rumahnya.

Penutup

5 Tips di atas mungkin tidak penting bagi sesetengah orang kerana kita boleh mengupah sesiapa untuk siapkan. Tetapi untuk tips bonus di atas, ianya perlu kerana anda yang perlukan banner/bunting ini.

Leave a Comment