Cerita Tentang Penceritaan

Kita akan bercerita tentang penceritaan. Penceritaan adalah skill yang berbaloi! Sejak zaman universiti lagi, ketika berkelah bersama rakan-rakan di tapak perkemahan, menghadap unggun api, kita teringin memperdengarkan cerita yang hebat kepada rakan-rakan kita. Selalunya cerita berbentuk seram atau teori konspirasi.

Zaman universiti kita sering berkelah bersama rakan-rakan di tapak perkemahan, menghadap unggun api, kita teringin memperdengarkan cerita yang hebat kepada rakan-rakan kita. Selalunya cerita berbentuk seram atau teori konspirasi.

Photo by Mike Erskine on Unsplash

Tamsilan Penceritaan

Perlu diingat bahawa tiada pencerita yang hebat pernah bercerita dalam bentuk ‘bullet form’. ‘Bullet form’ hanya di dalam fikiran kita dan pendengar tidak perlu tahu tentang kewujudan ‘bullet form’ ini. Bullet form perlu, sebagai tulang belakang cerita kita. Manakala bercerita ini ibarat darah yang mengalir di dalam badan kita. Latihan becerita ibarat kulit kita. Penonton atau pendengar hanya nampak kulit sahaja, bukan darah kita. Tetapi kalau ada cacat cela pada tulang belakang tadi, penonton atau pendengar akan perasan.

Mulakan sesuatu ceritadengan mengumpan. Kita nak umpan pendengar kita supaya minat dengan cerita kita.

Photo by Miguel Henriques on Unsplash

Umpan

Sesuatu cerita yang menarik akan dimulakan dengan mengumpan. Kita nak umpan pendengar kita supaya minat dengan cerita kita. Terdapat pelbagai cara. Antaranya mulakan mukadimah dengan soalan, cabaran atau suatu ‘statement’ yang menarik. Kita dikira gagal jika kita mulakan dengan bercerita tentang kejayaan yang kita perolehi. Kita perlukan pengenalan untuk membina hubungan yang kukuh dengan dengan pendengar kita.

Bina gambaran imej di dalam minda pendengar bagi setiap isi penting cerita kita. Jadikan ini sebagai suatu latihan. Semakin sedikit tulisan pada layar 'presentation' kita, semakin bebas kita bercerita.

Photo by MedienstĂźrmer on Unsplash

Bina gambaran imej di dalam minda pendengar bagi setiap isi penting cerita kita. Jadikan ini sebagai suatu latihan. Semakin sedikit tulisan pada layar ‘presentation’ kita, semakin bebas kita bercerita.

Punch Line

Setiap cerita mesti mempunyai ‘punch line’. Perkara ini agak rumit kerana ianya hanya boleh diterangkan dengan kata-kata, bukan dalam bentuk artikel seperti ini. ‘Punch line’ dalam bercerita tidak sama macam di dalam Maharaja Lawak. Cuba bayangkan anda duduk dengan seseorang di meja makan dan dia tidak mengenali anda. Tetapi anda ingin berborak dengannya kerana dia adalah seorang selebriti. Adakah anda akan memulakannya dengan melawak tentang cuaca? Atau anda mengkiritik sesuatu yang nampak tidak releven? Atau bercerita tentang fakta ibarat selebriti tersebut tidak tahu apa-apa tentang dunia ini? Perkara ini perlu difikirkan sebelum kita memulakan perbicaraan dengan sesorang supaya dia mula menumpukan perhatian kepada kita.

Cuba bayangkan anda duduk dengan seseorang di meja makan dan dia tidak mengenali anda. Tetapi anda ingin berborak dengannya kerana dia adalah seorang selebriti. Adakah anda akan memulakannya dengan melawak tentang cuaca? Atau anda mengkiritik sesuatu yang nampak tidak releven?

Photo by LinkedIn Sales Solutions on Unsplash

Klimaks

Semasa anda membina hubungan sosial dengan seseorang, anda juga membina hubungan karisma anda yang boleh gunakan untuk ‘punchlines’ . Di sinilah anda boleh memperkenalkan hujah-hujah anda yang hebat. Sediakan tempat kejadian. Gabungkan sedikit cerita yang dahulu. Perkenalkan konflik dalam cerita anda. Kemudian, anda boleh masuk ke klimaks penceritaan anda.

Perkenalkan konflik dalam penceritaan anda. Kemudian, anda boleh masuk ke klimaks penceritaan anda.

Photo by saeed karimi on Unsplash

Apabila anda sampai ke klimaks cerita, fikirkan kembali klimaks cerita dari filem kegemaran anda. Ini bagi merencahkan lagi mood kita bercerita disamping kita membina gambaran kepada pendengar kita. Apa sahaja yang ada di layar semasa anda berada di klimaks ini akan menguatkan keseluruhan cerita anda. Anda tidak perlu takut untuk berkongsi minat anda tentang sesuatu topik. Sekiranya anda rasa takut, sebenarnya, anda tidak mempunyai cerita untuk dikongsi.

Sekiranya anda rasa takut, sebenarnya, anda tidak mempunyai cerita untuk dikongsi.

Photo by ABDALLA M on Unsplash

Kesimpulannya

Perkara terburuk yang boleh terjadi kepada kita ialah cerita yang membosankan. Bagi saya, cerita tentang penceritaan perlukan ketenangan. Nescaya penonton kita akan menghargainya. Sekarang, apa perlu anda lakukan ialah, tinggalkan peranti yang anda gunakan untuk baca artikel ini. Keluar dari rumah. Pergi ke tempat orang ramai dan cari sesorang untuk bercerita. Mulakan latihan untuk bercerita. Selamat datang ke dunia cerita tentang penceritaan!

Leave a Comment