video presentation

5 Sebab Video Presentation lebih efektif dari PowerPoint

5 Sebab Video Presentation lebih efektif dari PowerPoint

Sejak kebelakangan ini, video dikenali sebagai alat komunikasi yang efektif. Sementara itu, permintaan video dalam presentation naik mendadak dalam mendekati setiap ceruk pelanggan.

Masa telah berubah. Kebanyakan teknologi mengambil alih kerja-kerja yang melibatkan medium komunikasi. Ini menyebabkan, konsep Presentation menggunakan PowerPoint seperti ketinggalan zaman dan ke arah pupus. Membuat presentation dengan PowerPoint memerlukan perkataan yang pendek dan ringkas. Ini bagi mengelakkan penonton dari jemu melihat slide presentation kita. Tetapi, teknik yang bertentangan pula dengan video. Video pendek dan ringkas akan menarik minat penonton untuk menonton sehingga selesai. Pencerita memerlukan teknik atau skil yang boleh menggambarkan keseluruhan cerita dalam masa kurang dari 1 minit. 

Konsep Presentation menggunakan PowerPoint seperti ketinggalan zaman dan ke arah pupus. Video presentation bakal menggantikannya.

Photo by Matthew Osborn on Unsplash

Perkara biasa yang terjadi ialah, jika kita ke sesuatu confrence atau seminar, kita mungkin akan terlupa sebaik sahaja kita keluar dari auditorium itu. Akan tetapi, video telah muncul sebagai alat pelbagai guna untuk pemasaran. Sebab apa? Berikut ialah sebab Video Presentation lebih efektif dari PowerPoint.

1. Video boleh memberi keunikan dalam  penjenamaan.
Penjenamaan menjadi mudah dengan video. Ianya dapat menentukan siapa target audience anda dengan efektif.

Photo by MK +2 on Unsplash

Kandungan video dalam proses pembikinan video. Konsep video perlu difikirkan dahulu ketika membuat video. Ini perkara yang menentukan siapa target audience anda. Akan tetapi, kandungan adalah fleksibel. Kita bebas untuk memilih konsep bagaimana. Cuma sasaran penonton itu yang akan menjadi bukti samada anda mampu untuk menarik ramai penonton atau tidak. 

2. Video dapat memberi penjelasan kurang dari 1 minit.

Photo by mohamed_hassan on Pixabay

Video ialah gabungan gambar dan bunyi. Lebih dari itu, ianya medium yang mempunyai kelebihan dalam kreativiti untuk menyampaikan maklumat. Tidak perlulah diceritakan tentang apps yang ada saat ini yang cukup mudah. Sehinggakan kita mampu untuk edit video dengan hanya menggunakan Smartphone sahaja. Dengan semua ciri-ciri ini, video mempunyai keupayaan untuk menceritakan kisah panjang dalam masa yang sangat singkat. Sebagai contoh, kita boleh menunjukkan profil syarikat yang berkaitan dengan penubuhan, perkhidmatan, teknologi, pekerja dan sedikit penerangan hanya dengan video yang ringkas dan singkat.

3. Perspektif yang berbeza.

Photo by krakenimages on Unsplash

Disebabkan ianya mulit-media, iaitu gabungan beberapa medium komunikasi, ianya bukan sahaja membentangkan sesuatu perkara, tetapi bercakap bagi pihak kita.  Video yang baik adalah bermaklumat dan mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan penonton. Walau bagaimanapun, dalam dunia korprat, wajib bagi kita menggunakan kandungan video dapat menghantar mesej dengan cara yang tepat dan jelas kepada penonton.

4. Mencipta Mood.

Photo by Tom Pumford on Unsplash

Terdapat begitu banyak konsep yang boleh diguna pakai untuk membuat persembahan kepada penonton. Samada ingin mempromosikan sesuatu dengan kaedah lucu? Serius? Beremosi? Inspirasi? Terpulang kepada anda! Rencahkan persembahan anda dengan video yang dapat memukau penonton.

Salah satu tips mudah untuk membina mood dalam PowerPoint Slide ialah, menggunakan latar belakang yang bergerak. Secara tidak langsung, ini juga akan menetapkan mood penonton. Ia juga akan menjadi sangat menarik secara visual, dan mungkin penonton baru pertama kali melihat teknik ini dan membuatkan mereka teruja.

5. Memudahkan perkara yang rumit.

Photo by Ryoji Iwata on Unsplash

Konsep sudah ada dan dibincangkan di awal entry ini. Jadi yang membezakan kita dengan video orang lain hanyalah keunikan kita. Salah satu cara unik yang boleh diguanapakai ialah menerangkan sesuatu yang rumit dalam bentuk video. Mungkin ianya perkara biasa jika anda seorang pensyarah atau guru. Tugas mereka ialah memahamkan pelajar. Tetapi di dalam dunia korporat, ianya adalah penyelesaian kepada klien kita. Kita dapat memahamkan mereka, maka meraka akan mendatangkan keuntungan kepada kita.

Pengalaman saya semasa bekerja dahulu dalam bidang Training Product, saya diminta oleh klien untuk menerangkan sendiri pengalaman saya tentang TRIZ. Selepas menceritakan sedikit sejarah TRIZ dan kelebihannya, saya gabungkan dengan masalah yang kita ada seharian. Ini membuatkan klien berminat untuk mengambil kursus ini.

Kesimpulan

Dengan menggunakan video dalam persembahan anda, ianya pasti akan memberi kesan besar kepada penonton. Kemungkinan ini pengalaman pertama kali mereka melihat pembentangan yang dilakukan dengan baik yang menggunakan video, jadi video anda tidak akan dapat dilupakan. Mereka juga akan berterima kasih atas hiburan yang kita sajikan kepada mereka berbading pembentangan yang membosankan. Akhir kata, menggunakan video akan mewujudkan keunikan dalam membuat persembahan kepada klien.

Apa pendapat anda? Adakah anda pernah menggunakan video dalam persembahan anda? Adakah ianya berkesan? Ceritakannya di ruang komen!

p/s: Anda kenal Steve Jobs? Teringin membuat presentation yang memukau seperti beliau? Baca tips disini.

Leave a Comment