Warna Sesuai bagi Latar Belakang Presentation

Warna sesuai bagi latar belakang presentation boleh dikatakan peraturan asas. Kaedahnya ialah pilihan warna yang kita suka – sediakan alasan yang kukuh. Jika kita tidak menyukai ‘slide’ kita, kita tidak akan menyukai pembentangan kita. Saya baru sahaja menyiapkan tugasan ‘slide’ berkenaan Sains dan Teknologi dan kemungkinan huraian dan jawapan ini adalah dari perspektif dan tema itu.

Jika kita tidak menyukai 'slide' kita, kita tidak akan menyukai pembentangan kita.

Photo by Product School on Unsplash

Latar belakang ialah perkara yang penting dan memerlukan penelitian. Jangan ambil mudah tentang perkara ini. Tetapi kadang-kadang tiada masalah untuk menjadi sedikit “gila”. Saya suka variasi dalam warna, jadi latar belakang saya mungkin untuk setiap ‘slide’ berubah-ubah. Terutamanya untuk menyerlahkan sesuatu yang penting. Sudah tentu, anda tidak mahu mempunyai terlalu banyak latar belakang, tetapi cuba untuk “gila” sikit-sikit tidak mengapa. Latar belakang ‘slide’ pengenalan dan akhir tidak perlu sama, dan sebenarnya, ianya memang berbeza.

Kesesuaian

Pada pendapat saya, warna biru muda atau kelabu muda ialah warna “teknologi” dan saya rasa sesuai untuk ‘slide’ yang sedang saya bangunkan. Saya gunakan warna yang berbeza untuk topik yang berbeza. Kebanyakan ‘slide’ saya lebih cenderung untuk menggunakan putih kerana saya ingin letak banyak grafik icon. Kadang-kadang icon yang digunakan bukan dari format PNG, jadi saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk membuang latar grafik tersebut, jadi pilihlah latar belakang yang putih untuk mudah dan cepat.

Kadang-kadang icon yang digunakan bukan dari format PNG, jadi saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk membuang latar grafik tersebut, jadi pilihlah latar belakang yang putih untuk mudah dan cepat.

Icon by 24 Slides

Rehatkan Mata
Tujuannya untuk melupakan sekejap tentang kerja yang kita sedang fokus supaya kreativiti kita bercambah. 15 minit atau 24 jam tidak penting. Yang penting, kita lupa sebentar tentang projek kita tadi.

Photo by urbazon

Selesai pembinaan slide, ambil masa untuk rehatkan mata dalam 15 minit dengan membuat kerja lain. Kadang-kadang sehingga 24 jam sebelum mengadap kembali slide yg sama. Saya selalunya melayan anak-anak saya. Atau lebih kepada beribadat di masjid. Disana kita dapat bersosial dengan ahli khariah yang lain. Tujuannya untuk melupakan sekejap tentang kerja yang kita sedang fokus supaya kreativiti kita bercambah. 15 minit atau 24 jam tidak penting. Yang penting, kita lupa sebentar tentang projek kita tadi. Jika dengan menyelesaikan sudoku boleh membuatkan lupa sebentar tentang kerja kita, lakukannya.

Selepas ‘me time’, kembalilah ke monitor. Lihat kembali jika warna yang digunakan bersesuaian atau tidak. Jangan terkejut jika warna yang kita gunakan terlalu hambar selepas proses ini. Ini selalunya berlaku apabila kita beralih dari komputer dalam sesuatu jangka masa.

Kemahiran Mewarna
Saya jarang menyukai warna 'gradient' tetapi korang jangan takut untuk mencuba. Kerana ia mudah dan menyeronokkan.

Meletak warna di latar tidak memerlukan skil designer yang hebat, hanya ‘play around with color’ jer. Penonton benar-benar membenci ‘slide’ yang membosankan tetapi mereka tidak akan menyuarakannya. Saya juga benci ‘slide’ yang membosankan. Dan jangan takut untuk menjadi “gila” dengan melanggar peraturan dan melakukan perkara kita suka.

Kadang-kadang kita buntu memilih warna. Mungkin kita boleh cuba buat warna ‘gradient’ untuk merencahkan lagi latar belakang kita. Saya jarang menyukai warna ‘gradient’ tetapi korang jangan takut untuk mencuba. Kerana ia mudah dan menyeronokkan. Sekiranya kita menggunakan mana-mana ‘template’ yang tersedia dalam PowerPoint, penonton akan melihat kita sebagai seorang amatur.

Teks

Banyak sahaja ‘presenter’ menggunakan teks yang terlalu kecil. ‘Utilise’kan ruang ‘slide’ kita. Jangan sorok maklumat kita dari orang yang paling belakang di dalam dewan. Luangkan sedikit masa untuk memilih warna latar belakang yang baik. Pilihlah warna sesuai bagi latar belakang presentation yang berbeza dengan teks. Contohnya basikal ini nampak terserlah dari latar belakang merah. Warna yang berbeza seperti ini mempengaruhi perhatian penonton kita.

Pilihlah warna sesuai bagi latar belakang presentation yang berbeza dengan teks. Contohnya basikal ini nampak terserlah dari latar belakang merah. Warna yang berbeza seperti ini mempengaruhi perhatian penonton kita.

Photo by Christian Stahl on Unsplash

Extra Tips

Cara paling mudah untuk mendapat ‘feedback’ tentang warna ‘slide’ kita ialah minta pendapat orang yang pandai mengkritik. Bukan hanya untuk warna, tetapi semua aspek kehidupan. Pilih orang yang memberi kritikan yang berkualiti. Contohnya:

Warna ini tidak sesuai sebab tulisan kau warna ini, suppose background pilihlah warna yang lembut supaya tulisan itu dapat dibaca….

Bukan orang yang seperti ini:

Warna tak cantik lah. Try pakai warna lain. Aku tak tahu warna apa sesuai. Tapi kau try la pakai warna lain dulu. Nanti aku tengok camne..

Photo by gradyreese

Pilihlah orang yang memberi penyelesaian, bukan hanya mengkritik sahaja. Jadi hati-hati memilih pengkritik. Pengkritik yang hebat ini lebih jujur dalam mengkritik. Tidak kira pasangan kita, adik beradik atau rakan sekerja mahupun kawan lama yang tidak ada kena-mengena dengan kerja kita.

Ataupun, jika tidak ada sesiap, kita letak diri kita sebagai penonton.

Penutup

Itulah peraturan asas bagi warna sesuai bagi latar belakang presentation. Kini kita dapat ketahui berdasarkan faktor-faktor ini, ianya dapat membantu menarik perhatian penonton. Jika anda ingin mendalami teknik tentang powerpoint sebagai platform pembentangan anda, anda boleh layari PowerPoint Pukau. Ianya kelas online yang mendedahkan rahsia PowerPoint Infografik yang memukau klien mahupun majikan anda.

Leave a Comment