Kesalahan Bahasa Badan

Kesalahan Bahasa Badan

Mari kita berbincang tentang kesalahan bahasan badan yang sering kita lakukan ketika Presentation. Anda pernah rasa gementar sebelum dan semasa interview atau sedang present? Anda tidak berseorangan! Semua orang pasti merasainya! Ini termasuk ketika hari pernikahan atau hari pertama anda ingin melafazkan isi hati anda kepada bakal ‘jauzah’ anda. Ianya sesuatu yang memalukan. Atau hari pertama anda melangkah ke sekolah.

Kita sebenarnya teruja dengan peluang yang berpotensi di hadapan kita. Dalam masa yang sama kita juga gementar kerana terdapat banyak ruang untuk kita lakukan kesilapan. Perasan tak? Walaupun ianya perasaan biasa, tetapi kita perlu berhati-hati tentang kegelisahan kita. Supaya ianya tidak disedari oleh orang ramai. Tidak dinafikan, kadang-kadang berpeluh menampakkan kita sangat cuak!

Images by astrakanimages

Tidak dapat dinafikan, komunikasi secara lisan adalah penting. Tetapi penonton kadang-kadang tidak dapat fokus kepada penyampaian kita kerana gerak geri badan kita yang terlalu ketara. Ini lah dipanggil bahasa badan (body language). Kita mungkin sudah membuat persiapan sebelum presentation. Seperti rehearsal di depan cermin. Tetapi kita juga perlu membuat pembetulan bagi sebarang bahasa badan yang tidak elok. Terutamanya tabiat-tabiat kita ketika bercakap. Contohnya menggaru hidung dan menggosok siku. Ini mungkin akan membuatkan penonton atau panel penemuduga perasan tentang tabiat buruk dalam bahasa badan kita.

Berikut adalah 5 isyarat bahasa badan yang perlu disingkirkan sebelum membuat pembentangan di masa akan datang:

1. Menyilang Tangan
Samada kita buat secara sengaja atau tidak, kita membina tembok pemisah antara penonton. Jadi, pastikan kita meletakkan tangan disisi. Ini secara simbolik menunjukkan kita bersedia untuk berkomunikasi.

Images by TheHilaryClark

Apabila kita menyilang tangan semasa pembentagan, terdapat 2 tanda negatif yang diberikan kepada penonton. Pertama, kita mungkin tidak mahu terlibat dengan apa-apa aktiviti, contohnya soalan dari penonton. Dalam erti kata lain, kita bersikap tidak terbuka. Kedua, menyilang tangan menggambarkan keangkuhan. Dan sifat ini boleh menyebabkan penonton kurang memberi tumpuan kepada pembentangan kita. Tetapi lebih kepada melihat postur badan anda.

Samada kita buat secara sengaja atau tidak, kita membina tembok pemisah antara penonton. Jadi, pastikan kita meletakkan tangan disisi. Ini secara simbolik menunjukkan kita bersedia untuk berkomunikasi.

2. Membongkok
Duduk tegak ketika presentation memang nampak sangat janggal.  Tetapi peluang untuk berjaya menarik perhatian penonton tinggi.

Images by endopack

Adakalanya kita membuat pembentangan dalam keadaan duduk. Duduk tegak ketika presentation memang nampak sangat janggal. Tetapi peluang untuk berjaya menarik perhatian penonton tinggi. Dengan membongkok, ibarat seperti kita tidak mengendahkan penonton. Sepanjang pembentangan, cuba untuk sesuaikan kedudukan badan kita bila bergerak. Atau dalam keadaan selesa.

Teknik ini memerlukan orang lain untuk tengok keadaan kita ketika kita duduk. Ini boleh menyelematkan kita dari membongkok.

3. Mengelak ‘Eye Contact’
Eye contact adalah cara terbaik untuk menunjukkan bahawa kita sedang mendengar percakapan seseorang. Dengan berbuat demikian, ianya menunjukkan bahawa kita peka dengan apa yang mereka perkatakan.

Photo by Maria Teneva on Unsplash

Salah satu cara yang paling penting untuk menunjukkan kepada penonton yang kita sedang memberi penerangan kepadanya adalah dengan mengekalkan eye contact. Perkara-perkara seperti mengangguk kepala secara berterusan kelihatan kaku. Ini selalunya berlaku ketika sesi soal jawab dengan penonton.

Eye contact adalah cara terbaik untuk menunjukkan bahawa kita sedang mendengar percakapan seseorang. Dengan berbuat demikian, ianya menunjukkan bahawa kita peka dengan apa yang mereka perkatakan.

4. Gementar
Penonton sudah tentu tahu bahawa kita sangat gementar semasa pembentangan. Tetapi cara yang terbaik adalah cuba untuk mengawalnya.

Photo by Luis Quintero on Unsplash

Samada bermain dengan rambut atau mengusap kaki berkali-kali, ini adalah contoh benda yang menjengkelkan kepada penemuduga. Bagi penemuduga, gementar adalah tanda kegelisahan dan rasa tidak selamat. Penemuduga akan menyangka bahawa kita mungkin tidak dapat menangani situasi yang penuh dengan tekanan di tempat kerja.

Penonton sudah tentu tahu bahawa kita sangat gementar semasa pembentangan. Tetapi cara yang terbaik adalah cuba untuk mengawalnya.

5. Memeriksa Waktu
Walaupun acara itu tidak berjalan dengan lancar dan memang hakikatnya kita mahu keluar secepat mungkin. Tahanlah diri kita untuk tidak melihat jam tangan supaya ianya tidak menambahburukkan lagi keadaan.

Photo by Gilles De Muynck on Unsplash

Anda mungkin menyangka sekali imbas melihat dinding, pergelangan tangan, atau salah satu poket di mana kita menyimpan handphone tidak akan diketahui oleh penonton. Akan tetapi, mereka pasti akan perasan apa yang anda lakukan untuk memeriksa waktu. Memeriksa waktu menunjukkan bahawa kita tidak berpuas hati dengan penonton atau peluang. Ibarat kita mahu sesuatu perkara itu cepat selesai. Dari segikomunikasi pula, kita seperti seorang selebriti yang ditanya soalan bertubi-tubi dan ingin cepat selesai. Sedangkan kita sedang membuat pembentangan dan kita mahu perhatian penonton kita.

Walaupun acara itu tidak berjalan dengan lancar dan memang hakikatnya kita mahu keluar secepat mungkin. Tahanlah diri kita untuk tidak melihat jam tangan supaya ianya tidak menambahburukkan lagi keadaan.

Penutup

Bahasa badan terbukti sebahagian dari komunikasi. Sebanyak mana pengalaman anda dalam memberi ucapan, anda masih tidak dapat tinggalkan tabiat yang tidak elok ketika membuat pembentangan. Ini perkara biasa. Yang menjadi luar biasa, apabila anda sudah berpengalaman dan anda masih membuat persediaan sepert seorang yang baru pertama kali ingin berucap.

Demikian adalah 5 kesalahan bahasa badan yang perlu disingkirkan sebelum membuat pembentangan di masa akan datang.

Leave a Comment