Belajar sendiri ‘Graphic Design’

Belajar sendiri ‘Graphic Design’. Adakah anda benar-benar memerlukan ijazah untuk berjaya hari ini? Bertanya soalan itu mudah. Hendak menjawab, memerlukan kaji selidik yang mendalam. Bukan mudah untuk menjawab soalan ini. Lagi-lagi apabila elite group seperti Bill Gates, Elon Musk, Richard Branson dan Mark Zuckerberg telah menjadi sangat berjaya walaupun berhenti sekolah. Nothing is impossible.

Elon Musk dilahirkan di Afrika Selatan. Beliau berpindah ke Kanada dan kemudian menjadi warganegara Amerika. Musk adalah CEO & Ketua Arkitek Produk Tesla, sebuah syarikat yang membuat kenderaan elektrik. Beliau juga merupakan CEO Solar City, sebuah syarikat yang membuat panel solar, dan CEO & CTO SpaceX, sebuah syarikat aeroangkasa.

Dengan peningkatan trend perkongsian maklumat di internet, maklumat tanpa had ini tersedia di luar sana untuk mereka yang rajin dan bersedia untuk belajar. Hari-hari ketika kita memerlukan pendidikan formal suatu masa dahulu sebagai ‘graphic designer’ sudah berlalu.

Pereka grafik mencipta konsep visual, menggunakan perisian komputer atau dengan tangan, untuk menyampaikan idea yang memberi inspirasi, maklumat, dan menarik perhatian penonton. Tidak ada perniagaan yang tidak memerlukan komunikasi visual ini. Samada dalam bentuk logo, kad perniagaan, ‘flyers’, bahan promosi, dan sebagainya; dan ini menjadikan ‘graphic designer’ salah satu sebab mereka ini sangat-sangat diperlukan. Terkini, ‘graphic designer’ ialah salah satu kemahiran yang paling mudah dan high demand di mana-mana sektor industri.

Idea datang apabila perbincangan diadakan untuk meenentukan matlamat sesebuah design direka dan untuk maksud apa direka. Ini adalah salah satu proses untuk menjadikan design yang dibuat lebih efektif.

Photo by Redd on Unsplash

Saya ambil contoh ketika saya bekerja di Multimedia Universiti dahulu. Ketika itu, setiap fakulti, tidak kira fakulti kejuruteraan mahupun pengurusan, mereka memerlukan ‘graphic designer’ atau pun jurugambar bagi tujuan hebahan di media sosial. Ini bukan bermaksud pihak unviersiti tidak mempunyai Unit Komunikasi, tetapi disebabkan keadaan sekarang yang memerlukan berita pantas untuk disebarkan di media sosial, gambar dan poster perlu disiapkan dalam masa yang sangat singkat. Oleh sebab itu, lahirlah ‘graphic designer’ dan jurugambar bidan terjun.

Jurugambar bidan terjun lahir kerana desakan sesebuah syarikat atau unit yang memerlukan berita untuk dikemaskini di media sosial dengan pantas. Mereka mungkin hanya gunakan smartphone sahaja untuk merakam. Ini tidak salah. Yang salah jika mereka merasakan diri mereka jurugambar professional dan berasa cukup berpengalaman sebagai jurugambar.

Photo by Clem Onojeghuo on Unsplash

Menjawab tajuk artikel ini, pendapat saya, kita boleh mencuba untuk menjadi ‘graphic designer’ dan sudah pasti ada perkara yang sukar bakal ditempuhi. Zaman sekarang kita tidak boleh berkata tidak. Nothing is imposible. Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh belajar sendiri ‘Graphic Design’. Yang saya fikirkan jika seseorang itu begitu minat untuk menjadi ‘graphic designer’ walaupun tidak mendapat pendidikan melalui universiti. :

1. Banyak Membaca

Membaca banyak buku, banyak artikel dan lakukan kaji selidik di laman web. Anda perlu memahami apa yang sedang ‘trending’, kombinasi warna yang sesuai dan banyak lagi.

2. Proses Kreatif

Mempelajari ‘pemikiran reka bentuk’ dan banyak proses kreatif yang berbeza yang digunakan semasa merancang sesuatu. Ini termasuk membuat peta minda, menulis, lakaran, lukisan teknikal, dan ciri-ciri percetakan dan bahan-bahan yang digunakan.

3. Melukis

Anda perlu tahu bagaimana untuk melukis. Serius! Sekurang-kurangnya anda boleh melakar orang lidi (stickman). Anda tidak perlu menjadi artis terbaik di dunia, tetapi salah satu kemahiran ini akan menjadi penting. Anda mesti mempunyai ‘mata‘ untuk reka bentuk.

4. Belajar dan Bertanya

Banyak belajar dan bertanya pada orang yang berpengalaman dalam bidang ini tentang:

  • Typography
  • Branding
  • Reka bentuk logo
  • Reka bentuk pembungkusan
  • Fotografi untuk reka bentuk
  • Konsep visual
  • Imejan digital
  • Reka bentuk web
  • Copywriting
  • Pengiklanan, dan
  • Marketing
5. Praktikal

Anda perlu mendapatkan pengalaman praktikal atau ‘hands on’ dalam semua bidang di atas dengan terlibat dalam projek kreatif yang memberi tumpuan kepada setiap sektor. Anda perlu memahami bagaimana penonton, klien dan orang ramai yang berbeza pendapat akan berhubung dan bertindak balas terhadap reka bentuk anda.

6. BFF

Adobe Photoshop, Illustrator, InDesign, After Effects dan Lightroom perlu menjadi BFF anda. Walaupun zaman sekarang kita hanya perlukan Canva, Capcut dan Snapseed, tetapi pemain industri tidak menggunakan applikasi mesra smartphone ini untuk bekerja. Ibarat, industri filem tidak menggunakan smartphone yang kompak untuk merakam filem hollywood. Tetapi tetap menggunakan Arri Alexa ataupun Red Camera yang sangat besar untuk merakam. Secara keseluruhan, anda perlu mahir dalam aplikasi-aplikasi industri ini kerana anda tidak semestinya bekerja seorang. Kadang-kadang dalam berpasukan. Sebagai contohnya, hasil kerja anda perlu diubai suai oleh orang lain. Adakah anda akan kongsi akaun canva kepada orang tersebut? Jika anda menggunakan Adobe Illustrator, perkara ini tidak mustahil untuk dikongsikan.

Jangan Berhenti Belajar!

Jangan berhenti belajar! Sentiasa berfikiran terbuka. Ikuti perkembangan terkini dengan trend dalam reka bentuk dan seni. Sebagai contoh, Anda boleh membaca artikel ini tentang grafik trend 2022.

Nampak mudah bukan? Ya, memang mudah bagi pelajar ‘graphic designer’ untuk faham tentang 7 poin di atas. Jika anda bukan ‘graphic designer’ dan anda faham, tahniah! Anda pasti boleh berjaya. Tetapi untuk menjadi seorang yang professional, anda perlukan masa dan beberapa hasil kerja yang dihasilkan sehingga anda sendiri merasakan anda seorang professional.

Sentiasa ada minat untuk belajar. Rujuklah buku tentang designer. Banyak ilmu kita akan belajar dari designer lain. Terutamanya luar negara.

Photo by Aleks Dorohovich on Unsplash


Sekarang apa kata kita bincangkan, kesilapan yang sering ‘Graphic Designer’ yang Belajar sendiri ‘Graphic Design’ selalu lakukan. Anda mungkin boleh mendapatkan tips dan teknik dari mana-mana blog ‘design’ termasuk blog afdhalnidzam.com ini. Tetapi, ramai ‘graphic designer’ berpendapat terdapat elemen dan pengalaman yang menjadi faktor membezakan ‘graphic designer’ yang belajar sendiri:

Banyak orang mengalah apabila dia melakukan kesilapan. Sama seperti apa-apa bidang, jika cepat mengalah, anda akan benci sesuatu minat itu dan meninggalkannya dengan perasaan negatif.

Photo by Tim Gouw on Unsplash

1. Rankaian (Networking)

Rangkaian (Networking) selalunya dikatakan keperluan dalam kerjaya. Dalam bahasa mudah, ‘pakai kabel‘. Dan dunia reka bentuk grafik tidak ada bezanya. Walaupun anda mempunyai portfolio yang bagus, kebolehan dalam menulis artikel yang pasti viral, selalu ‘update’ resume di dalam LinkedIn, mengambil kursus-kursus pendek di dalam Jobstreet.com, tetapi anda tidak ada hubungan dengan orang yang berkenaan, maka anda hanyala rakyat marhean yang suka menulis artikel di alam maya sahaja dan terpencil.

Salah satu nikmat yang saya boleh kongsikan ialah apabila saya direkemenkan oleh salah seorang mentor saya merangkap rakan karib saya untuk bekerja di dalam sebuah projek video komersil milik kerajaan. Dia yang memperkenalkan saya dan saya dapat menyiapkan tugasan itu bersungguh-sungguh. Jika anda seorang pelajar universiti, tips saya, banyakkan masuk pertandingan yang melibatkan seni grafik. Pernah sekali, saya menjadi salah seorang panel juri bagi pertandingan Mural. Pelajar yang menjadi johan ialah seorang pelajar jurusan kejuruteraan. Bakatnya terserlah dan mengalahkan pelajar yang mengambil jurusan seni grafik. Disini, kita dapat membayangkan jika dia mempunyai hubungan baik dengan pihak penganjur, mungkin sahaja CEO syarikat tersebut tidak teragak-agak untuk mengambilnya kerja.

Sejarah

‘Graphic Designer’ bukan dimulakan oleh aplikasi Adobe Photoshop. Malah ianya lebih awal dari itu. Tika dan saat ini, Adobe Phoshop juga menjadi sangat mudah dan tidak seperti zaman saya dahulu. Zaman saya dahulu tidak ada tools content aware. Bukan hendak berlagak yang saya telah lama gunakan Adobe Photoshop dibangku sekolah lagi, tetapi Asas dan Sejarah ‘Graphic Designer’ sangat perlu untuk diketahui. Saya pernah berbicara dengan seorang pensyarah dari fakulti multimedia. Beliau berkata, ketika di universiti dahulu, beliau diajar tentang melakar teks serif dan sans serif tanpa menggunakan komputer!

Jika difikirkan, perlukah kita belajar jenis teks? Tidak perlu! Tetapi, perlukah kita mengetahui jenis-jenis font? Sangat perlu!. Rata-rata ‘Graphic Designer’ yang belajar sendiri hanya tahu ‘button‘ atau ‘tools‘ apa yang perlu ditekan untuk menyiapkan kerjanya, tetapi tidak mengetahui prinsip design itu sendiri. Orang pakar seperti pensyarah itu tadi akan mengetahui tahap kefahaman sesorang tentang asas ‘Graphic Design’.

2. Pembentangan

Kebolehan membuat pembentangan hasil kerja kepada seseorang – samada kepada Art Director atau klien boleh menjadi sangat menakutkan kerana kurang bercakap kepada orang awam tentang prinsip ‘graphic design’. Apatah lagi dalam menghuraikan penggunaan ‘font’, sebab warna yang digunakan ataupun menghuraikan tema yang digunakan di dalam sesuatu reka bentuk.

Perkara ini diajar di dalam universiti, tetapi tidak mustahil jika anda seorang yang bercita-cita dan minat yang sangat mendalam, anda pasti akan meyakinkan reka bentuk anda bersungguh-sungguh supaya klien anda teruja dengan pembentangan anda.

3. Sedia dikritik

Muka tebal dan banyak latihan perlu ada di dalam diri ‘graphic designer’. Kritikan dari klien kadang-kadang mungkin sangat-sangat pedas. Mungkin anda seorang yang ‘touching’ atau mudah sentap bila ditegur, tetapi apabila ditegur tentang hasil kerja, anda perlu tebalkan kulit untuk menahan semua tomahan. Kadang-kadang, kita sebagai ‘graphic designer’ memang adakalanya syok sendiri. Tetapi, klien kita yang bekerja diluar perspektif kita nampak lain dari apa yang kita nampak. Mungkin juga klien kita nampak apa yang suasana sebenar perlukan untuk mengenal imej syarikat mereka.

Kita perlu belajar dari pengalaman yang negatif untuk merencahkan lagi pengalaman kita sebagai ‘graphic designer’. Andaikata selama 20 tahun pengalaman anda sebagai ‘graphic designer’ tidak pernah dikritik, apa yang anda boleh cerita kepada pelajar dan anak cucu anda?

Cacian dan makian biasa berlaku. Saya sendiri pernah dimarahi hanya kerana design banner tidak mengikut kehendak klien. Yang pelik, dia tidak memberitahu design macam mana yang dikhendaki..

Photo by Icons8 Team on Unsplash


Penutup

Demikianlah selok belok menjadi seorang ‘graphic designer’ jika belajar sendiri ‘Graphic Design’ yang saya boleh kongsikan. Diharapkan kepada yang baru berjinak-jinak atau acah-acah palatao menjadi ‘graphic designer’, boleh teruskan mendalami minat ini kerana nothing is imposible. Good Luck!

p/s: terdapat jalan mudah untuk mendapat kefahaman tentang design ini. Jom sertai kelas online yang saya anjurkan. Layari www.powerpointpukau.com. Kelas ini khusus untuk orang yang ingin melangkah ke alam seni grafik yang penuh warna warni. Walaupun kelas ini fokus kepada PowerPoint, tetapi, fundamental tentang grafik juga turut diajar. Selain itu, kelas online ini fokus kepada Infografik yang kini menjadi trend dalam menghasilkan poster. Uniknya kelas ini kerana memang saya khususkan kepada orang yang sedang bekerja atau ingin melangkah ke alam pekerjaan. Infografik kini menjadi kemestian dalam sesebuah organisasi. Saya pasti anda akan lebih tertarik untuk menjadi seorang ‘graphic designer’ selepas menghadiri kelas ini.

Leave a Comment