Kisah Keajaiban Rezeki 3 orang Pengemis

Kisah Keajaiban Rezeki 3 orang Pengemis

Negeri Kankukucupkukukakikiriku

Pada Zaman dahulu, bila mana orang memakai serban dari sarang lebah. Ular sawa sebagai tali pinggang. Belangkas sebagai capal. Ekor Kangraoo sebagai tongkat. Dan buaya tembaga sebagai rakit. Terdapat sebuah negara yang terletak diantara 2 lembah. Berdekatan dengan pantai, tetapi sungai dijadikan jalan pengangkutan. Terdapat seorang raja yang adil memerintah yang bernama Sultan Mahmud Julai.

Pada Zaman dahulu, bila mana orang memakai serban dari sarang lebah. Terdapat seorang raja yang adil memerintah yang bernama Sultan Mahmud Julai.

Negeri yang diperintah itu bernama Negeri Kankukucupkukukakikiriku. Negerinya aman damai. Terdapat orang kaya dan orang miskin yang saling tolong menolong antara satu sama lain. Zakat dibayar mengikut kadar nisab yang ditetapkan. Duit dalam Baitulmal sentiasa penuh dan dapat menampung kebajikan rakyatnya. Pahlawanya ramai. Ini bermakna sistem pertahanan negaranya kuat. Ekonominya pun tidak kurang hebatnya. Keluaran dalam Negeri Kasar (KDNK) pun sangat memberangsangkan saban tahun. Sultan Mahmud Julai memerintah negeri ini dengan adil, saksama.

Negerinya aman damai. Terdapat orang kaya dan orang miskin yang saling tolong menolong antara satu sama lain. Zakat dibayar mengikut kadar nisab yang ditetapkan. Duit dalam Baitulmal sentiasa penuh dan dapat menampung kebajikan rakyatnya.

Baginda kerap membuat majlis bemesra dengan rakyat jelata. Baginda seorang yang sangat pemurah. Sifatnya persis Harun Ar Rashid kerana baginda gemar berjumpa dengan rakyatnya untuk mendengar nasihat dari rakyatnya sendiri.

3 Pengemis

Satu hari, raja berhajat membuat amal jariah. Jadi baginda telah membuat satu pengumuman. Baginda akan memberikan sedekah berbentuk dinar emas kepada sesiapa yang datang mengadap beliau pada hari itu.

Satu hari, raja berhajat membuat amal jariah. Jadi baginda telah membuat satu pengumuman. Baginda akan memberikan sedekah berbentuk dinar emas kepada sesiapa yang datang mengadap beliau pada hari itu.

Terdapat 3 orang sabahat yang bernama Osman, Umar dan Abu. Mereka ialah sahabat sepermainan merangkap sahabat senasib kerana ketiga-tiga mereka ialah pengemis. Kadang-kadang mereka mengambil upah membantu mengangkat barang-barang saudagar dari bazar ke rumah saudagar tersebut. Jika tiada yang memerlukan perkhidmatannya, mereka mengemis sahaja di lorong di sekitar bazar. Mendengarkan berita dari Istana, masing-masing bergegas pulang ke rumah mendapatkan bekas masing-masing.

Osman mencapai apa sahaja bekas yang sempat diambilnya dan dengan pantas bergegas menuju istana. Manakala Umar mengambil talam kerana tidak jumpa bekas mangkuk yang selalu digunakan untuk mengemis. Manakala Abu mengambil tempayan yang besar. Kerana difikirkan, “Jika raja ingin memberi sedekah, mungkin dia akan penuhkan tempayan ini dengan dinar. Jika tidak, tak mengapa, sekurang-kurangnya aku mencuba”, bisik hatinya.

Abu mengambil tempayan yang besar. Kerana difikirkan, "Jika raja ingin memberi sedekah, mungkin dia akan penuhkan tempayan ini dengan dinar. Jika tidak, tak mengapa, sekurang-kurangnya aku mencuba", bisik hatinya.

Setibanya di sana, Abu mendapati Osman dan Umar telah beratur. Mereka bertegur sapa dan mulalah perbualan diantara mereka:

Osman: Hai Abu, bukan main lagi kau ya! Membawa tempayan. Engkau sangka Sultan Mahmud tu kencing keluar emas kah?

Umar: Iya lah, beragak-agak lah sedikit wahai Abu.

Abu: Aku terfikir, jika raja ingin memberi sedekah, mungkin baginda akan penuhkan tempayan ini dengan dinar. Jika tidak, tak mengapa, sekurang-kurangnya aku mencuba.

Tempayan dipenuhi Dinar

Ternyata sangkaan Abu benar. Sultan Mahmud Julai memenuhkan setiap bekas yang dibawa oleh setiap orang beratur. Abu begitu gembira kerana bekas yang dibawa dengan susah payah kini dipenuhi dengan dinar emas. Manakala Osman hanya berputih mata. Sekurang-kurangnya Umar mampu tersenyum kerana die membawa talam. Tetapi, masih dalam hati mereka berdua, mereka Ingin kembali ke rumah untuk mengambil bekas baru yang lebih besar. Akan tetapi, belum tentu sempat untuk mereka beratur untuk kali kedua. Mereka agak terkilan dan menyesal dengan perbuatan mereka. Dan bermulalah sifat iri hati mereka timbul kepada si Abu yang menjadi Orang Kaya Baru. Sekian.

Sultan Mahmud Julai memenuhkan setiap bekas yang dibawa oleh setiap orang beratur. Abu begitu gembira kerana bekas yang dibawa dengan susah payah kini dipenuhi dengan dinar emas.

Pengajaran

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Yang hidup mahupun yang telah meninggalkan dunia. Cerita ini direka-reka hanya sebagai tauladan. Sebenarnya terdapat pengajaran yang ingin disampaikan dalam cerita ini berkenaan rezeki.

Kadang-kadang kita terlalu risau akan rezeki kita. Mana tidaknya; masalah ekonomi, inflasi, susutnya nilai matawang kita dan sebagainya. Kita risau untuk berkeluarga. Kita risau untuk mempunyai anak.

Kadang-kadang kita terlalu risau akan rezeki kita. Mana tidaknya; masalah ekonomi, inflasi, susutnya nilai matawang kita dan sebagainya. Kita risau untuk berkeluarga dan mempunyai anak. Kita merasa beban menjadi anak sulung kerana terpaksa menyara ahli keluarga yang lain. Ini semua hanya momokan atau perasaan kita sahaja. Sedangkan rezeki itu tidak pernah tak cukup atau terhenti. Melainkan kita sudah tiada lagi di dunia ini. Kita cuba ambil teladan dari cerita tadi.

Seseorang itu pasti dan pasti keperluannya dicukupkan. Dengan syarat dia melaksanakan tanggungjawabnya kepada ahli keluarga. Walaupun mempunyai anak yang ramai dan perlu menyara Ibu bapanya . Manakala seseorang yang bujang, yang menyara ibu dan ayahnya. Pasti juga dapat rezeki yang cukup. Ataupun seorang yang bujang, yang hanya menyara dirinya sendiri sahaja. Pun rezekinya akan dicukupkan. Kenapa ini boleh berlaku?

Tamsilan Bekas pengemis dan Rezeki

Kerana tanggungjawab atau kita panggil beban tadi, ibarat saiz bekas yang kita bawa menghadap raja. Jika besar bekas kita bawa, pasti raja kepada raja sekalian alam, iaitu Allah akan penuhkan bekas tadi. Kalau kecil bekas yang kita bawa, ianya tetap juga penuh. Apatah lagi jika bekas sebesar tempayan seperti yang dibawa oleh Abu tadi.

Jika besar bekas kita bawa, pasti raja kepada raja sekalian alam, iaitu Allah akan penuhkan bekas tadi.

Contoh lain ialah, seorang bujang yang hanya makan mi segera setiap hujung bulan kerana berjimat cermat. Apabila dia berkeluarga, dia akan mempunyai kesedaran dan tanggungjawab yang dipikul untuk menyara anak dan isterinya. Jadi, setiap hari dia akan makan makanan yang biasa. Tetapi dihujung bulan, sebelum gaji baru masuk dan duit simpanannya semakin susut. Dia akan makan mi segera bersama ahli keluarganya. Nampak persamaan yang berlaku ketika bujang dan ketika sudah bekeluarga? Ini adalah contoh. Saya tidak menggalakkan memakan mi segera apabila duit simpanan semakin susut. Banyak lagi makanan yang lebih murah dan berkhasiat berbanding mi segera.

Salah sangka Definisi Rezeki

Suka saya nasihatkan disini, segelintir dikalangan kita tidak dapat bezakan rezeki dan wang. Rezeki tidak semestinya wang. Tetapi wang itu ialah salah satu rezeki. Kesihatan pun dikira rezeki. Banyak masa untuk beribadat pun dikira rezeki. Ahli keluarga pun dikira rezeki. Sifat kasih sayang pun dikira rezeki. Dan yang paling kita harapkan, umur yang panjang.

Suka saya nasihatkan disini, segelintir dikalangan kita tidak dapat bezakan rezeki dan wang dan rezeki yang paling kita harapkan ialah umur yang panjang.

Kita kadang-kadang melakukan ibadat semata-mata untuk mendapatkan wang. Lakukan solat dhuha sebab inginkan kekayaan. Ini mentaliti yang merendahkan darjat ibadat semata-mata untuk wang. Jika betul lah dengan solat dhuha dapat tarik kekayaan, berapa rakaat solat dhuha yang dilakukan oleh Vincent Tan atau Robert Kwok sehingga mereka begitu kaya? Begitu juga dengan sahabat r.a. Ada diantara mereka yang miskin. Adakah mereka tidak pernah solat dhuha? Fikir-fikirkanlah.

 Jika betul lah dengan solat dhuha dapat tarik kekayaan, berapa rakaat solat dhuha yang dilakukan oleh Vincent Tan atau Robert Kwok sehingga mereka begitu kaya?
Kesimpulan

Rezeki setiap orang yang Allah bagi itu cukup. Ibarat seperti kita yakin yang ajal itu tetap sampai walaupun kita telah berusaha mengelaknya. Begitulah juga pada rezeki dan jodoh. Usaha tetap kena usaha. Tetapi pengharapan kita kepada Allah perlu ada. Dengan perantaraan doa. Ada orang yang begitu berusaha sehingga dia lupa yang pemberi rezeki ialah Allah. Maka Allah lepaskan tanggungjawabnya dan biarkan kita usaha separuh mati untuk dapatkan rezeki yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.

Akan tetapi, majoriti dikalangan kita (termasuk saya) mempunyai nafsu. Ianya membentuk sikap dan sangkaan kita yang merasakan tidak pernah cukup. Kita sentiasa mahukan kemewahan dalam kehidupan kita. Orang lain bershopping, kita pun ingin bershopping. Sudahnya menjadi pembaziran. Kita ingin kenderaan. Tetapi yang luar dari kemampuan. Kita inginkan tempat tinggal, tetapi yang kita sendiri tidak mampu. Renung-renungkanlah.

Kita sentiasa mahukan kemewahan dalam kehidupan kita. Orang lain bershopping, kita pun ingin bershopping.

Terima kasih kerana membacanya sehingga habis. Selamat Hari Raya Aidil Adha 1443H

Leave a Comment