Morph di dalam PowerPoint

Menggunakan Transition Morph di dalam PowerPoint

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan slide PowerPoint anda bagi memukau. Menggunakan transition Morph di dalam PowerPoint akan memberikan anda animasi yang menarik pada presentation kita. Apabila beralih dari satu slide ke slide seterusnya.

Dengan cara yang sama, transition Morph akan mengubah satu bentuk kepada bentuk yang lain dengan sangat lancar. Transition ini berfungsi untuk sebarang imej, atau bentuk yang anda ada pada slide kita. Untuk mengetahui semua langkah, ikuti langkah demi langkah yang disediakan di bawah.

Bagaimana untuk menggunakan Transition Morph

Untuk menggunakan transition Morph, kita perlu mempunyai 2 slide dengan sekurang-kurangnya ada satu objek yang sama—cara paling mudah ialah duplicate slide dan kemudian mengalihkan objek pada slide ke-2 ke tempat yang berbeza. Kemudian, gunakan Morph pada slide ke-2 untuk melihat pergerakan yang dihidupkan oleh Morph secara automatik. Seperti gambar di bawah:

Di thumbnail sebelah kiri, klik slide yang anda ingin gunakan morph transition, yang sepatutnya menjadi slide ke-2 yang anda tambahkan objek, gambar atau perkataan yang anda ingin gunakan teknik morph.

Pada tab Peralihan, pilih Morph.

Microsoft Support

Seterusnya pilih jenis transition yang akan dilakukan, samada object, perkataan atau abjad di Effects Options.

Anda boleh mengalihkan objek pada slide, menukar warna, mengalihkan perkataan dan abjd di sekeliling untuk melihat kelebihan efek morph ini.

Berikut adalah contoh slide yang saya bina untuk memberi gambaran efek morph ini.

Keperluan Spesifikasi Komputer

Untuk mencipta Transition Morph, anda memerlukan PowerPoint web, PowerPoint 2019 atau PowerPoint dari Microsoft 365. Versi PowerPoint lain hanya boleh memainkan transition Morph tetapi tidak dapat mencipta atau mengubahnya.

Penutup

Tahniah!. Kini anda sudah mengetahui cara menggunakan transition Morph di dalam PowerPoint. Teknik ini juga sesuai bagi abjad, perkataan dan objek lain. Jangan lupa untuk mencuba dan gunakan didalam slide anda. Bagi pengguna Apple, di dalam Keynote, anda akan dapati transition yang lebih kurang seperti morph. Namanya ialah Magic Move. Langkah-langkahnya lebih kurang sahaja.

Teruskan membaca artikel-artikel dan tips-tips di dalam blog ini untuk mengetahui banyak lagi ilmu tentang PowerPoint. Selamat mencuba dan selamat maju jaya.

P/S: Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya membina infografik PowerPoint, jangan teragak-agak untuk hubungi saya, atau kita boleh berbincang di Fiverr.

Leave a Comment