Visual Design

Visual Design adalah sebuah pekerjaan, ianya aspek visual dan sebahagian daripada ‘User Experience’ (UX). Kepentingannya akan dibincangkan didalam pos kali.

Pandangan pertama
3 saat pertama untuk sesuatu yang kita lihat dipanggil pandangan pertama. Jika ianya menyebabkan kita bertindak balas, maka ianya design yang efektif. Sebagai contohnya, seperti kita teruskan merenung sesuatu iklan di Billboard.

Pernah kah anda terlihat iklan semasa menunggu tren. Atau sedang memandu di highway dan terlihat pada billboard ditepi jalan? Berapa kerap anda perasan iklannya? Ada kala iklan itu begitu menarik sehingga kita merenung dan membaca setiap ayat didalam iklan tersebut. Adakalanya kita tidak endah langsung. Dan ada pula yang menggunakan ayat yang begitu menari perhatian kita.

Kita boleh amalkan sifir ini; 3 saat pertama untuk sesuatu yang kita lihat dipanggil pandangan pertama. Jika ianya menyebabkan kita bertindak balas, maka ianya design yang efektif. Sebagai contohnya, seperti kita teruskan merenung sesuatu iklan di Billboard. Jika tidak, ianya menghabiskan masa sahaja.

Merencahkan Keceriaan
Kesan HUD yang didapati dalam permainan video yang anda main menambahkan keceriaan didalam permainan video. Ini ialah salah satu teknik halus dan licik dan penting bagi visual design.

Youtube

Bila difikirkan rekabentuk visual yang ekstrim, berapa banyakkah kesan HUD yang didapati dalam permainan video yang anda main? Pastilah banyakkan? Inilah kesan jika kita tambah keceriaan didalam apa-apa rekabentuk kita. Ianya akan diingati dan menyelubungi penonton anda seharian. Ini ialah salah satu teknik halus dan licik. Rekabentuk yang merencahakn keceriaan ini bukan hanya pada warna. Boleh jadi penggunaan font yang betul. Ataupun gambar latar belakang yang menambah emosi penonton.

Mendidik

Photo by Vista Wei on Unsplash


Kita mendapat kefahaman yang luas mengenai reka bentuk yang baik (UX /Visual) kerana kita berada di zaman yang kita sentiasa mendapat maklumat. Walaupun kadang-kadang kita perasan maklumat itu selepas diberitahu. Ambil contoh Apple dan Google, bagaimana mereka mempunyai model yang bagus tentang klien yang berorientasikan ‘designer’ / agensi yang mendidik tentang kepentingan ‘design’ walaupun sedikit. Dan ini memberi impak secara keseluruhan organisasi itu.

Kadang-kadang, disebabkan cerita disebalik tabir beginilah menyebabkan seseorang jatuh cinta dengan produk tersebut. Contoh lain yang saya terfikir ialah coklat Whittaker’s. Anda boleh lihat laman webnya dan boleh kaji sendiri sejarah coklat ini yang unik.


Di era ini, persaingan berlaku sangat hebat, sehinggakan aspek halus seperti servis pun akan menjadi penting untuk perniagaan kekal dalam liga persaingan. Itulah buah fikiran saya mengapa Visual Design ini begitu penting.

Leave a Comment