Kepentingan Infografik

Sebelum kita terus kepada kepentingan Infografik, apa kata kita selam definisinya terlebih dahulu. Infografik adalah salah satu kaedah ‘visual content marketing’. Ianya membantu mengubah topik yang membosankan atau rumit, menjadi format yang menarik dan menarik. Sebaik-baiknya, Infografik harus menarik dari segi visual. Tetapi bermaklumat, mengandungi subjek yang relevan dan statistik yang jelas.

Kita sebagai manusia menggunakan salah satu pancaindera kita iaitu penglihatan. Dan minda dapat membaca dengan cepat untuk menangkap imej berbanding teks. Manusia akan ‘scan’ informasi dengan menyimpan maklumat penting secara visual. Lagi-lagi maklumat itu menarik.

Sebagai contoh. Jika anda menyampaikan ucapan menggunakan ‘slide presentation’, penonton akan cenderung untuk mengingati imej atau infografik yang kita guna. Ini kerana mereka akan mengaitkan apa yang diperkatakan dengan imej yang dipaparkan. Oleh itu, jika anda mempunyai terlalu banyak maklumat didalam ‘slide’ maka ia sedikit sebanyak mengganggu proses ini.

Itulah sebabnya, ketika di bangku sekolah dahulu, kita diajar membina Peta Minda. Ketika itu, saya begitu teruja dengan peta minda kerana kita boleh menyerlahkan kreativiti kita. Bukan hanya dari segi percambahan idea, tetapi dari mencantikkan peta minda untuk dipersembahkan. Betul bukan? Dengan peta minda yang mempunyai grafik dan teks berwarna, kita lebih cenderung membaca dan mengingati maklumat tersebut. Ini juga merupakan sebab utama mengapa ikon begitu popular sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Gambarajah di bawah adalah salah satu kumpulan icon yang popular bagi pereka infografik. Garisannya tebal dan warnanya agak pudar supaya tidak begitu menarik perhatian penonton. Akan tetapi, ianya berkesan untuk membuatkan penonton ingat akan maklumat yang disampaikan. Ini adalah Icon Pack Business Finance.

Gambarajah di bawah adalah salah satu kumpulan icon yang popular bagi pereka infografik. Garisannya tebal dan warnanya agak pudar supaya tidak begitu menarik perhatian penonton. Akan tetapi, ianya berkesan untuk membuatkan penonton ingat akan maklumat yang disampaikan. Ini adalah Icon Pack Business Finance.

Icon Pack: Business Finance

Maklumat Tambahan

Kadang-kadang orang menjadi keliru tentang poin Infografik. Ianya sebenarnya perwakilan visual data yang orang dapati lebih mudah difahami, ingat dan dirujuk. Sebahagian dari kita mengaggap setiap maklumat perlu dijadikan infografik. Ini tidak betul. Mungkin saya akan tulis artikel tentang ini dimasa akan datang.

Gambarajah dibawah diambil dari sini. Ianya menerangkan tentang kepentingan penggunaan infografik dalam dunia bisnes. Diharapkan kita mendapat pencerahan tentang kepentingan Infografik. ‘Despite’ penggunaan warna yang agak kelam kabut..

Leave a Comment