Apa itu New Media?

Media dan New Media

Apa itu ‘New Media’? Menurut Wikipedia,

New Media’ merujuk kepada capaian atas permintaan kepada kandungan pada bila-bila masa, di mana sahaja, pada apa-apa peranti digital serta maklum balas pengguna (interaktif). Satu lagi aspek ‘New Media’ ialah penjanaan ‘real-time’ kandungan baru dan tidak terkawal.

Wikipedia

Pada mulanya saya terfikir ‘New Media’ adalah konsep agak kabur. Apa yang baru dan apa yang tradisional? tidak ada garis sempadan yang jelas. Kita tidak terfikir radio dan TV adalah ‘New Media’, kerana mereka dah wujud sedekad yang lalu. Adakah Internet dan peranti pintar yang kita panggil ‘New Media’ sekarang mungkin akan menjadi tradisional pada masa akan datang? Definisi ini sentiasa berubah dan berkembang. Kategori baru boleh dilahirkan pada bila-bila masa. Jadi, mungkin membincangkan dahulu sesuatu yang asas dan berterusan. Persoalan pokok: Apa itu New Media?

Sejak saya menemui istilah yang agak abstrak ini semasa bekerja di sektor pendidikan, saya selalu terfikir soalan apa itu New Media?. Perkataan itu telah muncul hampir setiap sudut dalam kehidupan seharian. Takrif dan contoh media berbeza dalam pelbagai kategori, tetapi sebenarnya ianya hanya kepelbagaian bentuk media.

Teori Komunikasi

Dengan mengandaikan kita mempunyai 2 medium, pengirim dan penerima. Jika pengirim ingin berkomunikasi dengan penerima, ia mesti menghantar beberapa data maklumat kepada penerima, dan media adalah alat yang digunakan untuk menyimpan dan menyampaikan maklumat kepada penerima atau sebaliknya. Dari segi Teori Komunikasi pula, pengirim, penerima, dan media boleh digambarkan sebagai asas komunikasi. Jadi media boleh menjadi apa-apa, walaupun manusia, jika hanya ia boleh sepadan dan menjadi medium untuk komunikasi.

Jadi, apa perbezaan antara medium dan yang lain? Kriteria umum seperti kapasiti storan serta kualiti dan kelajuan penghantaran data serta kecekapan maklumat harus diambil kira. Di samping itu, untuk menyimpan dan menyampaikan maklumat, interaksi berlaku antara media dan pengirim ataupun penerima, yang serupa dengan konsep bahasa (coding) dalam Teori Komunikasi. Saya rasa sifat-sifat unik inilah yang menjadikan media yang berbeza dan inilah apa yang dikatakan New Media.

Photo by Julius Drost on Unsplash

Pengaruh ‘New Media’

Kita hanya boleh mengkategorikan ‘value chain’ kepada tiga kategori; pencipta kandungan (content creator), kandungan komunikasi (content communication) dan penggunaan kandungan (content consumption). Kesemua kategori ini memerlukan media untuk berjalan.

Zaman dahulu, orang selalu dahagakan informasi, kerana ketika itu, ‘Content Creator’ jauh lebih sedikit daripada ‘Content Consumption’, dan kos yang tinggi dalam membangunkan kandungan disamping platform (kandungan – ‘Content Communication’). Akan tetapi, apabila wujudnya Internet, ianya telah memberi impak yang besar dalam media. Walaupun pencipta masih kurang daripada pengguna, kos dalam keseluruhan ‘value chain’ tadi telah menurun begitu drastik sehingga kandungan yang disampaikan dari seluruh dunia, kita boleh dapat dengan mudah walaupun ketika itu, kebolehupayaan untuk kita hadam informasi sangat terhad. Tambahan pula, nilai informasi menjadi semakin tinggi, akan tetapi berada pada platform bahagian yang sangat kecil. Pada pendapat saya, ini akan menyebabkan ‘Information Explosion’ atau ‘Tsunami of Information’

Rata-rata orang banyak berbeza pendapat sama ada kandungan (content) atau saluran (channel) yang lebih utama dunia digital. Maksud channel disini merujuk kepada medium untuk media sebagai contohnya laman web, blog atau sosial media. Kandungan masih dianggap nilai penting dan diperlukan, namun tanpa komunikasi berteknologi tinggi, ianya seakan-akan tidak selari dengan informasi yang datang seperti tsunami; banyak dan cepat.

‘New Media’ ialah penyelesaian kepada tsunami informasi yang akan membanjiri pengguna, tetapi diatur perjalanannya melalui susun jalur yang kemas ibarat tali air atau longkang yang mana ianya menjadikan pemain industri boleh memilih channel yang bersesuaian untuk sampai kepada pengguna.

Photo by Senad Palic on Unsplash

‘New Media’ telah mengubah kandungan ‘value chain’, dan juga kandungan itu sendiri.

Setiap jenis medium mempunyai sifat uniknya. Jika kita ingin menggunakan medium, kita perlu terlebih mengambil tahu tentang sifat-sifatnya, kemudian menentukan jenis maklumat yang boleh diambil, dan akhirnya mencipta kandungan yang sesuai. Sebagai contohnya, bagaimana untuk mempromosikan masakan rendang menggunakan bunyi, teks atau video? Sudah pasti ada perbezaannya.

Photo by Mollie Sivaram on Unsplash

Lebih Baru Daripada ‘New Media’

Di masa akan datang aplikasi media dan kandungan adalah asas dan ini membuatkan saya terfikir dan tertanya apa yang akan berlaku. Kita dapat tengok peningkatan warga internet. Dan pembangun informasi seakan-akan sudah mencapai kematangan.

Satu lagi trend yang kerap diperkatakan ialah ‘Rich Media’. Selain itu, trend lain yang mempengaruh ‘value chain’ ialah ‘decentralization’. Kini, hampir semua ‘New Media’ yang kita bicarakan terikat dengan Internet. Internet dan teknologi yang berkaitan dengannya telah menggalakkan aliran ‘double and flat flow’. Pengguna boleh mencari dan mendapatkan informasi dan berkomunikasi dengan pencipta informasi dengan kos yang lebih rendah. Bagaimana netizen kini boleh terus berhubung dengan Instafamous mereka? Semua orang boleh menjadi pencipta, pengguna atau menjadi host (orang tengah) dan menghubungkan antara satu sama lain. Terima kasih kepada ‘New Media‘.

Saya bagi satu contoh, Open Broadcast System (OBS) ialah applikasi yang boleh menjadikan kita seorang pengacara atau penyampai berita dan menyampaikan informasi melalui channel kita sendiri di media sosial. Seakan-akan kita seperti mempunyai syarikat penyiaran sndiri yang hanya beroperasi dari rumah dengan sebuah laptop. Benda ini sangat mustahil kalau difikirkan 20 tahun dahulu. Ayah saya yang bekerja dibidang penyiaran menceritakan kepada saya, 30 tahun yang lepas, untuk membuat live feed solat jumaat, memerlukan kru yang ramai termasuk sebuah ‘Genset’.

Diharapkan artikel ini dapat memberi pencerahan dan definisi tentang apa itu new media. Revolusi media akan datang ini masih samar-samar. Deria bau dan sentuhan manusia masih belum dikaji sepenuhnya, dan terdapat banyak rahsia didalam persepsi dan isi hati manusia yang kita tidak dapat ketahui dan mereka sedang mengkaji. Teknologi yang boleh membawa interaksi baru, seperti Internet of Things, Realiti Maya, dan AI, akan mencapai tahap matang suatu hari nanti dan semua ini ‘on the way’.

Leave a Comment