5 Alternatif Terbaik untuk Google Translate

Ini adalah 5 alternatif terbaik untuk Google Translate. Sejak zaman saya belajar di universiti lagi, google translate ini adalah applikasi jalan pintas untuk terjemah. Walaupun ketika itu bahasa yang digunakan sangat-sangat kaku. Tetapi ianya mempercepatkan kerja. Kadang-kadang, saya karang proposal menggunakan Bahasa Melayu dulu sebab nak idea bercambah sebelum ‘compile’ kan ke dalam bahasa Inggeris.

Walaupun terdapat pelbagai apps di dalam lipatan dunia ini, Google Translate tetap yang terbaik. Dengan lebih daripada 200 juta pengguna setiap hari, terjemahan Google adalah penterjemah + berbilang bahasa + mekanikal + yang boleh dipercayai.

Google Translate menawarkan beberapa ciri yang menakjubkan seperti:

  • Cara Google menterjemahkan pelbagai bentuk teks, media, dan ucapan
  • Terjemahkan gambar dan tulisan tangan melalui Google Lens Menyokong 104 bahasa pada tahap yang berbeza
  • Menyimpan bahasa offline

Tetapi walaupun dengan update terkini, Google Translate tidak menghasilkan terjemahan yang sempurna. Di beberapa kawasan, terjemahan Google sebenarnya gagal.

Sebagai contohnya, istilah yang mudah tetapi biasa seperti ‘light’ bermaksud cahaya yang mempunyai pelbagai makna dalam bahasa Inggeris, termasuk ringan, tetapi Terjemahan Google tidak menawarkan makna ini sebagai pilihan.

Oleh itu, terdapat alternatif Google Translate yang boleh dijadikan pilihan untuk menjadikan hidup anda mudah!


Mengapa bukan Google Translate?

Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih mana-mana aplikasi penterjemah selain Google Translate, berikut adalah beberapa petunjuk tentang cara memilihnya.

Icon google translate terkini pada iphone. Hampir setiap pengguna telefon pintar memiliki aplikasi ini.
1. Menyesuaikan / Membuat Modifikasi Terjemahan yang dihasilkan oleh Google Translate mustahil
Modifikasi terjemahan yang dihasilkan oleh Google Translate kadang-kadang mengecewakan. Photo by AarĂłn Blanco Tejedor on Unsplash

Photo by AarĂłn Blanco Tejedor on Unsplash

Walaupun Google Translate adalah percuma dan mudah digunakan, ia juga terlalu terhad kerana cara algoritmanya berfungsi.

Dengan Google Translate, apa yang anda tulis itu lah yang akan diterjemahkan. ‘What you give, is what you get‘. Tidak ada cara untuk anda membuat modifikasi terjemahan yang kompleks atau mengubah mana-mana teks.

2. Google Translate bukan Penyelesaian untuk sesebuah Organisasi
Oraganisasi memerlukan privasi bagi mengelakkan kebocoran maklumat. Google bukan tempat terbaik untuk kita jadikan sandaran. Photo by LYCS Architecture on Unsplash

Photo by LYCS Architecture on Unsplash

Google Translate adalah pilihan yang bagus untuk pelancong atau pelajar atau digunakan untuk peribadi, Tetapi ia tidak mempunyai Editor bahasa dan tidak menyokong ciri-ciri ‘collaboration’ dengan ‘user’.

Sesetengah alternatif kepada Google Translate menawarkan ciri-ciri keselamatan dan fungsi berbeza mengikut peringkat syarikat bagi membantu menghasilkan terjemahan dengan lebih berkualiti dan semestinya pantas.

3. Isu keselamatan mengenai data yang anda taip masuk ke dalam Google Translate

Adakah anda tahu bahawa apabila anda menggunakan Google Translate untuk sebarang jenis terjemahan, anda sebenarnya memberikan akses kepada Google untuk menyimpan, menerbitkan dan berkongsi teks anda?

Oraganisasi memerlukan privasi bagi mengelakkan kebocoran maklumat. Google bukan tempat terbaik untuk kita jadikan sandaran. Photo by LYCS Architecture on Unsplash

Photo by Leif Christoph Gottwald on Unsplash

Walaupun ini mungkin perkara remeh temeh saja jika anda hanya mencari item nama rempah dalam bahasa Inggeris sebagai menu makan malam atau mencari makna sesuatu sebagai info tambahan. Tetapi ia boleh menjadi isu jika sesiapa sahaja yang cuba untuk terjemahkan data sulit dan dilindungi terutamanya perniagaan, file kerajaan atau mereka yang berurusan dengan beberapa bahan sensitif.


5 alternatif kepada Google Translate yang Terbaik untuk Penukaran Bahasa

Berbanding dengan Terjemahan Google, applikasi selain google kadang-kadang boleh jadi lebih dipercayai, fleksibel dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dari segi fungsi.

Di sini, disenaraikan 5 alternatif Google Translate untuk kurangkan stress anda.

1. Microsoft Translator

Menawarkan dua versi, samada versi Bisness atau peribadi, Microsoft Translate ialah aplikasi pintar menterjemah bag platform Windows, iOS dan Android. Ini membantu anda menerjemahkan gambar, tangkapan skrin, teks, dan terjemahan suara untuk lebih dari 60 bahasa. Untuk pengetahuan, semua ini boleh dimuat turun untuk kegunaan offline juga.

Pengguna boleh menaip teks yang mereka ingin terjemahkan, bercakap menggunakan loudspeaker atau mengambil gambar yang mengandungi teks. Microsoft Translate menawarkan ‘intergration’ dengan aplikasi Microsoft lain, seperti MS Office dan Skype. Ia juga boleh didapati sebagai aplikasi untuk Jam Tangan Pintar.

2. iTranslate

Aplikasi iTranslate yang dibangunkan oleh syarikat Sonico Mobile, membantu menterjemahkan teks, laman web atau ‘lookup words’ dengan makna dan juga tatabahasa lebih daripada 100 bahasa.

iTranslate dibina untuk semua jenis sistem seperti Windows, iOS, Mac, Google Play dan Kindle Fire. Ia menyokong k’gesture-based controls dan mampu menterjemahkan abjad Cina ke dalam perkataan yang boleh dibaca untuk terjemahan yang lebih mudah

Ia adalah perisian ‘straightforward’ dan boleh menterjemahkan apa sahaja dengan hanya menaip teks atau ‘voice-to-voice’.

3. Babylon Translator

Babylon Translator dikatakan sebagai salah satu perisian terjemahan terunggul dan kamus antarabangsa. Ia mengandungi 1,700 glosari dan kamus dalam pelbagai bahasa. Aplikasi menterjemah ini mempunyai pengalaman lebih dari 19 tahun.

Tidak seperti mana-mana perisian terjemahan lain, Babylon Translator menterjemahkan dokumen Office dengan mengekalkan format asalnya. Anda tidak perlu melalui proses ‘copy paste’ teks, membuka skrin baru, atau keluar dari aplikasi semata-mata untuk menterjemah. Babylon membolehkan anda menterjemahkan segala-galanya hanya dalam satu klik.

Babylon Translator perlu dimuat turun terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

4. Reverso Translation

Reverso Translation adalah satu lagi perisian tersedia maklum (intuitif), yang dibangunkan oleh Softissimo Inc. Perisian ini dipercayai oleh lebih daripada 6 juta pengguna di seluruh dunia. Anda boleh belajar tentang perkataan & ungkapan dan dengan mudah menterjemahkannya dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, Poland, Itali, Arab, dll.

Perisian Terjemahan ini juga membolehkan anda mencari frasa kiasan dan mencadangkan perkataan semasa menaip teks. Dengan Reverso, anda sebenarnya boleh berkongsi maklumat yang diterjemahkan dengan orang lain melalui e-mel, Twitter, Facebook, dll.

Walaupun platform ini boleh menjadi alternatif Google Translate yang terbaik, ianya tidak boleh menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

5. MemSource

Memsource adalah platform terjemahan berasaskan cloud yang dibina untuk menyokong kolaborasi penterjemah yang selamat dan lancar. Perisian ini menawarkan alat terjemahan yang mudah tetapi mantap yang membolehkan pengguna memproses beratus-ratus dialek yang disediakan dalam pelbagai jenis fail (file type).

Memsource diguna pakai oleh syarikat, agensi, dan freelancer terkemuka yang terlibat dalam proses terjemahan tersedia maklum (intuitif).

Ianya sesuai untuk mereka yang bekerja di persekitaran yang sama untuk memaksimumkan produktiviti, meningkatkan ketepatan, menjamin konsistensi dan mempercepatkan proses penghantaran untuk mencapai permintaan perniagaan.

Akan tetapi, Memsource tidak percuma dan saya tidak dapat mencubanya.


Kesimpulan

5 Alternatif Terbaik untuk Google Translate ini tiada kesudahan dan saya berharap senarai yang dinyatakan di atas akan membantu anda menterjemahkan teks dengan sempurna. Terpulang kepada anda untuk mengetahui alternatif mana yang akan membawa faedah atau kelebihan yang paling banyak.

Leave a Comment