Basic Tools untuk membina Infografik

Post kali ini berkisar tentang Basic Tools untuk membina Infografik dalam PowerPoint. Kebanyakan orang menganggap PowerPoint sebagai aplikasi untuk merekabentuk ‘Presentation Slide’ yang biasa sahaja. Ya, itu sudah pasti, ia membolehkan kita untuk membuat ‘slide’ teks dan imej yang menakjubkan; kerana PowerPoint memiliki pelbagai templat dan tema. Namun, hakikatnya, PowerPoint boleh buat lebih dari itu. Tidak ramai yang tahu akan kebolehan PowerPoint ini dan menggunakan keseluruhan kelebihannya.

Sebagai contoh, adakah anda pernah cuba mencipta infografik didalam PowerPoint? Kebanyakan orang apabila ditanya akan memberitahu saya bahawa Adobe Illustrator atau Photoshop adalah aplikasi yang perlu saya pilih untuk membuat infografik. Jawapan ini kurang tepat. Illustrator adalah aplikasi hebat untuk grafik ‘vector’. Akan tetapi, bagaimana jika anda perlu menggunakan infografik dalam ‘presentation’ anda?; atau lebih dari itu – animasikannya. Ia akan mengambil masa yang lama untuk memindahkan semua ‘layer’ dari Illustrator dan menetapkan pergerakan animasi untuk setiap ‘layer’ itu tadi. Cara lebih mudah untuk merekabentuk grafik ini adalah dalam PowerPoint. Tidak percaya? Lihat sampel slide bar graf dibawah dengan infografik:

Horizontal Shelves PowerPoint Infographics (SlideModel.com)

Sekarang, mari kita bincangkan bagaimana ‘layout’ ini boleh dibina. Mari kita tinjau ‘tools’ yang paling berguna untuk rekabentuk infografik.

Shape dalam PowerPoint

Semua infografik bermula dengan bentuk (shape). Semua orang yang menggunakan PowerPoint tahu ‘command shape’ (Insert>Shape). Jika anda perlu mengubah bentuk yang dipilih dan menukar kepada bentuk yang lain sebagai contohnya dari segi empat kepada separa bulat. Anda boleh pergi ke Format>Edit Shape>Change Shape. Ataupun jika ingin mengubah kepada bentuk yg tidak terdapat dalam list ‘shape’ anda boleh membuat bentuk sendiri dengan pergi ke Format>Edit Shape>Edit Point dan membuat bentuk mengikut citarasa anda sendiri.

Shape effects dalam PowerPoint

‘Tools’ paling berkuasa ini merangkumi ‘Shadow’, ‘Reflection’, ‘Glow’, ‘Soft Edges’, ‘Bevel’, dan ‘Presets’ yang merangkumi ‘effects’ poin diatas. Berikut ialah huriaian ringkat 2 ‘Shape effects’ untuk membantu anda memahami reka bentuk dalam PowerPoint.

i) Shadow dalam PowerPoint

Challenge Approach Solution Arrow Concept Slide Template (SlideModel.com)

Bayang-bayang ialah ‘tools’ yang sangat membantu, ataupun lebih kepada keperluan, untuk mencipta infografik 3D. Hakikatnya semua elemen 3D mesti mempunyai bayang-bayang kerana ia menunjukkan objek itu seakan timbul atau tidak bersentuhan dengan ‘background’. Walaubagaimanapun, anda mesti berhati-hati dengan ‘effects’ ini dan menggunakan tatapan yang sama untuk semua bayang-bayang dalam semua bentuk elemen. Ia akan kelihatan cacat dan kekok jika ada objek yang bayang-bayangnya ke bucu kiri, dan ade yang ke bucu kanan.

ii) Bevel dalam PowerPoint

Gradient Curved 6 Milestones Timeline Template (SlideModel.com)

Kesan ‘bevel’ mempunyai banyak jenis. Ada bulatan, separa bulat, ‘cross’, ‘curve’, dan banyak lagi. Bagi saya, saya lebih suka menggunakan preset “circle” yang lebih nampak santai pada mata. Walaubagaimanapun, penggunaan bentuk ini sentiasa bergantung pada rekabentuk yang ingin anda buat. ‘Bevel’ ini tidak sesuai jika anda ingin membuat ‘layout’ yang nampk ‘simple’ dan profesional.


Kesimpulan

Seperti yang kita dapat lihat, 2 ‘Tools’ yang gempaq untuk membina Infografik dalam PowerPoint ini sangat berguna memukau penonton ‘Slide Presentation’ anda. Apa yang anda perlukan ialah menggunakan imaginasi anda dan membuat sedikit ‘hands on’. Untuk mendapat kefahaman yang mendalam anda boleh melanggan kelas PowerPoint Pukau. Kelas online ini memang dikhususkan untuk membina ‘Slide Presentation’ infografik yang memukau. ‘Skill’ yang diajar bukan hanya untuk diaplikasikan pada PowerPoint sahaja, bahkan anda boleh ‘apply’ pada Apple Keynote, Google Slides, Canva, Powtoon dan Prezi jika anda mahu. Untuk maklumat lanjut, layari PowerPointPukau.com

www.powerpointpukau.com

Leave a Comment