5 Petua PowerPoint 2022

5 Petua PowerPoint 2022. Sebagai seorang profesional bisnes, kita pasti pernah menggunakan PowerPoint. Mungkin sebagai platform untuk membuat pembentangan kepada klien kita. Dan jika anda kerap menganjurkan webinar, saya pasti anda telah mengambil beberapa jalan pintas untuk merencahkan lagi ‘slide presentation’ anda supaya lebih menarik.

Sama ada anda seseorang yang baru menggunakan PowerPoint atau dikira professional yang baru muncul, berikut ialah 5 petua PowerPoint. Ianya berguna untuk persembahan kertas kerja atau produk anda akan datang.

1. Lindungi ‘Slide Presentation’ anda daripada diubah

Jika anda ingin memastikan ‘slide presentation’ yang anda sediakan tidak boleh diubah, lindunginya dengan kata laluan seperti dalam langkah berikut:

  • Dari ‘File’ dan pilih item ‘Info’
  • Pilih ‘Protect Presentation’ kemudian, ‘Always open Read-Only’
  • Klik butang OK
2. Tukar ‘font’ di dalam keseluruhan ‘slide presentation’

Tidak mustahil untuk menukar salah satu ‘font’ yang digunakan dalam keseluruhan ‘slide’ sekali tekan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Dari menu Format, pilih ‘change font’
  • Kemudian menu ‘Replace Font’, pilih ‘font’ yang ingin anda ubah.
  • Dari senarai, pilih ‘font’ baru yang anda mahu gunakan.
  • Klik butang ‘Replace’
3. Tukar ‘slide’ kepada imej

Cara cepat untuk menghantar ‘slide’ daripada PowerPoint ‘slide’ kepada orang lain, tukar ‘slide’ kepada imej dan menghantarnya kepada mereka melalui e-mel, berikut ialah cara-caranya:

  • Buka ‘slide’ yang anda mahu.
  • Daripada menu ‘file’, pilih ‘export’ dan pilih ‘change file type’ untuk menunjukkan kepada anda jenis-jenis file yang boleh kita tukar.
  • Pilih ‘JPEG File Interchange Format (*jpg)’ dan kita boleh pilih samada hanya ‘slide’ yang dipilih atau kesemua slide.
4. Kembali ke permulaan

Teknik paling mudah untuk kembali ke ‘slide’ pertama dalam mana-mana ‘presentation’ semasa ia dipaparkan adalah dengan menekan butang tetikus kiri dan kanan serentak pada masa yang sama selama 2 saat.

5. Menulis ketika sedang membuat persembahan ‘slide’

Kadangkala kita perlu mencatit komen atau memilih teks (atau shape) semasa sedang menyampaikan pembentangan. Kita boleh berbuat demikian dengan klik kanan dan memilih ‘Pointer Option’ dan kemudian memilih Pen. Anda kini boleh menaip apa yang anda mahu pada skrin anda dengan tetikus anda.


Demikianlah 5 petua menarik tentang PowerPoint bagi tahun 2022. Saya rasa ianya lain dari yang lain. Semoga tips ini manfaat kepada kita semua. Samada kita ini profesional atau baru berjinak-jinak untuk menggunakan PowerPoint.

p/s: Jika anda berminat untuk mengikuti kelas PowerPoint Online saya. Sila klik disini.

Leave a Comment