Jalan Cerita dalam Bentuk Grafik dan Animasi

Jalan Cerita dalam Bentuk Grafik dan Animasi. Kini, semakin ramai orang memahami betapa pentingnya ‘presentation’ yang memukau. Apatah lagi kalau direncahkan dengan jalan cerita dalam bentuk grafik dan animasi. Ianya membantu mempromosikan produk baru, membentangkan idea kreatif, video animasi, dan pelbagai peluang lain yang boleh diterokai. Untuk mencapai objektif ini, kita menggunakan pelbagai perisian, seperti PowerPoint, Keynote, Prezi dan Google Slide. Walaupun aplikasi ini mempunyai interface yang berbeza. Namun tujuannya sama; merancang dan menerbitkan ‘presentation slide’ dengan rekabentuk yang memukau. Saya secara peribadi lebih suka menggunakan PowerPoint. Ia memberikan banyak peluang kreatif kepada saya. Dan paling penting, memenuhi semua keperluan pelanggan saya. PowerPoint sangat meluas penggunaanya. Berbanding dengan aplikasi lain. Lebih-lebih lagi, kini PowerPoint sudah menyokong ‘vector’ fail sebagai imej didalam PowerPoint.

Keperluan Pelanggan tentang Jalan Cerita

Bila berbicara tentang keperluan pelanggan, terdapat peningkatan permintaan bercirikan ‘Jalan Cerita Beranimasi’. Ini merangkumi elemen ‘vector’ dan kesan animasi yang kompleks. Sebagai contoh, salah seorang pelanggan dan juga sahabat saya menulis kepada saya:

Pihak pengurusan kitaorang bosan dengan ‘slide presentation’ tradisional. Aku perlu sesuatu yang ‘fresh’ dan ‘trending’. Ideanya, aku nak buat perumpamaan dengan sebuah kapal nelayan sebagai organisasi kitaorang, yang belayar diantara 2 lautan, iaitu ‘blue ocean’ dan ‘red ocean’ dan terdapat ikan di kedua-dua lautan itu yang mewakili klien kitaorang..

Ringkasan ini merangkumi banyak maklumat yang membantu saya memahami dan mencipta semula cerita dalam PowerPoint. Bukan setakat itu, pelanggan mempunyai beberapa situasi lagi; penyesuaian warna dan semua elemen mesti bergerak. Burung perlu bergerak, ikan mesti berenang dan berpuluh-puluh ‘effects’ lain. Semua elemen mesti diambil kira. ‘Slide Presentation’ ini merangkumi 5 ‘slide’ dan setiap ‘slide’ mempunyai kira-kira 10-20 kesan animasi. Gambarannya adalah seperti dibawah:

Kapal yang mempunyai pin point oren menggambarkan syarikat sahabat saya dan kapal nelayan yang berada sekitarnya mewakili pesaing. Ikan-ikan dilaut pula mewakili klien. Ini hanya salah satu contoh penceritaan dalam bentuk grafik dan animasi.

Seperti yang kita ketahui, PowerPoint memberi banyak peluang untuk kita berkreatif. Kita boleh membuat ‘slide presentation’ yang tradisional. Namun kita boleh pergi lebih jauh dan mencipta karya yang benar-benar kreatif dan memukau. Jika anda ingin kami merakamkan cerita anda dalam bentuk PowerPoint, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami. Kami sentiasa teruja untuk membantu anda.

p/s: anda kurang faham dengan trend terkini dalam grafik design yang makin lama makin kreatif? mungkin anda boleh rujuk artikel mengenai trend 2022 ini.

Leave a Comment