Diumumkan warna pantone tahun 2022 ialah very peri pantone 17-3938. Warna pantone baru yang hadir menggalakkan daya cipta dan kreativiti peribadi.

3 Trend Reka Bentuk Grafik yang Kreatif 2022

3 Trend Reka Bentuk Grafik yang Kreatif 2022. ‘Graphic Design’ adalah industri yang sangat berpengaruh. Trend mempengaruh reka bentuk dan gaya membentuk dunia visual di sekeliling kita. Ianya memberi kesan hampir kesemua kategori. Dari reka bentuk fesyen hingga pemasaran. Oleh itu, dengan tahun baru ini, saya fikir sudah tiba masanya untuk meramalkan trend reka bentuk grafik mana yang akan menguasai industri kreatif pada tahun 2022.

Ketika dunia terus dihantui dengan wabak global dan menyesuaikan diri dengan ‘normal baru’, jenis kandungan visual yang dicipta dan diamalkan makin berkembang. Walaupun sesetengah pereka meneroka trend futuristik seperti reka bentuk 3D, surrealisme dan NFT, ada designer mengambil kraf mereka kembali ke asas, kembali ke retro dan kesederhanaan.

Sama ada kita melihat ke hadapan atau menarik inspirasi dari masa lalu, kita bole ‘predict’ bahawa di antara trend kreatif tahun yang akan datang kita akan menemui sesuatu trend yang berulang. Bermula dari warna-warna ‘gradient’ dan logo yang ‘simple’ hingga surrealisme yang abstrak dan kompleks, berikut adalah 3 trend reka bentuk grafik untuk diberi perhatian pada tahun 2022.

1. Simplified Logo

Semasa kita menuju ke 2022, semakin banyak jenama memperbaharui ‘brand’ mereka sendiri – dan me-reka semula logo yang dipermudahkan adalah salah satu cara termudah untuk menghidupkan kembali jenama supaya nampak lebih segar. Sama ada untuk menarik minat baru, kelihatan lebih mudah didekati, atau hanya memberi diri mereka ‘makeover’. Banyak syarikat ini mengurangkan perincian pada logo yang berlebihan dan elemen reka bentuk yang kompleks.

Jika diperhatikan, tahun lalu banyak jenama telah memberikan nafas baru kepada logo jenama mereka. KIta boleh nampak, langkah-langkah yang diambil ke arah reka bentuk yang lebih ‘simple’ dan lebih halus dapat dikenali samada logo itu besar atau kecil. Penggunaan ‘shape’ yang basic, banyak digunakan bagi kelihatan ‘simple’. Palet warna juga terhad kepada satu atau dua tona warna. Hasilnya adalah logo yang lebih bersih dan lebih muda, dan anjakan baru untuk menghidupkan kembali jenama yang kita kenal dan sayangi.

Baru-baru ini, jenama makanan ringan Pringles menukar pembungkusan mereka dengan logo yang lebih mudah.

Logo Pringles mempunyai sejarah yang panjang. Ia telah melalui beberapa pengubahsuaian, tetapi ia sentiasa menampilkan maskot Mr Pringle dan nama produk.

Manakala Burger King mendedahkan kemas kini moden pada rekabentuk logo 90-an mereka.

Logo yang diperbaharui menggantikan reka bentuk sebelumnya yang diperkenalkan pada tahun 1999, yang terdiri daripada burger yang lebih bergaya yang dikelilingi oleh bulan sabit biru. Menurut Smith mengeluarkan swish biru yang kelihatan tiruan adalah rujukan kepada penambahbaikan dalam makanan jenama.

Begitu juga, Volvo telah mengurangkan warna dan memilih logo satu warna, iaitu hitam, tetapi masih mengekalkan jenama mereka yang dikenali.

Volvo telah memperkenalkan reka bentuk baru untuk logo Iron Mark yang terkenal, yang telah dilancarkan ke semua bahagian pembuat kereta Sweden, termasuk di Malaysia. Berbanding dengan reka bentuk sebelumnya, logo baru jauh lebih simple dengan gaya monokromnya, walaupun ia terus menggunakan jenis font yang sama seperti sebelumnya.

2. Minimalist Retro

Milo 50 an diperkenalkan semula sebagai ulangtahun milo yang ke 70

Vintage Milo Limited Edition

Retro minimalis mempunyai ‘font’ yang ‘old-school’, palet warna organik, tona yang panas, bayang-bayang lembut dan tekstur yang semula jadi. Gaya dan nostalgia kepada susun atur ala-ala majalah antik 70-an, trend serba boleh ini sesuai terutamanya kepada logo perniagaan dan pembungkusan produk.

Dikenali sebagai salah satu koperasi pengguna terbesar di dunia dan peruncit makanan kelima terbesar di UK yang beroperasi di luar negara, Kumpulan Koperasi yang biasanya dirujuk sebagai "Co-op" hari ini, telah membawa kembali logo daun semanggi lamanya. Asalnya direka pada tahun 1968, membuktikan pepatah lama bahawa "jika tidak rosak, jangan memperbaikinya."

Sebagai contohnya, Co-op, syarikat kecil sederhana peruncitan dari UK. Bagi Co-op, mereka kembali ke logo asal mereka kerana ingin kekalkan identitinya.

3. Colorful Minimalism

Walaupun minimalism sering dikaitkan dengan tona ‘monochromatic’ dan ‘white space’, membuat pilihan ‘minimalis’ tidak semestinya seseorang designer itu kekeringan idea. Trend minimalism yang berwarna-warni telah terbukti sangat popular untuk penjenamaan, menggabungkan jumlah ruang putih yang banyak dan menarik perhatian dengan warna terang atau kelam.

Dengan ‘minimalism’ berwarna-warni ini, ‘designer’ cenderung hanya perlu pada beberapa warna mudah dalam satu komposisi untuk menyerlahkan ciri-ciri tertentu. Pendapat saya, minimalis bukan hanya mengenai ‘white space’ atau pun design hitam putih. Kita boleh juga pilih satu warna dan jadikannya warna yang minimalism. Contohnya seperti kad bisnes ini:

Business Card in Envato


Demikianlah 3 Trend Reka Bentuk Grafik yang Kreatif 2022. Untuk lebih banyak petua dan maklumat selanjutnya mengenai trend grafik, nantikan artikel akan datang.

Terdapat banyak platform design yang membantu anda mempercepatkan tugasan. Antaranya Envato, Freepik dan Flaticon. Platform ini semestinya akan mengemudi trend yang terbaru ini. Atau sekurang-kurangnya memberi inspirasi atau idea kepada anda apabila merekacipta grafik atau PowerPoint ‘slide’.
Leave a Comment