8 Petua Membina ‘Slide Presentation’ yang kreatif

Ini ialah berkenaan 8 Petua Membina ‘Slide Presentation’ yang kreatif. Pembentangan yang bosan sering dijadikan alasan klien kita untuk reject kertas kerja kita. Kadang-kadang, orang meluat bukan disebabkan pembentangan kita. Tetapi kerana applikasi PowerPoint itu sendiri. Bila setiap hari kita guna, untuk apa jua mesyuarat, termasuk mesyuarat PIBG sekolah anak kita, kita rasa jemu dengan PowerPoint. Kita mahukan sesuatu yg ‘fresh and new’. Nak belajar Powtoon atau canva, mungkin kita perlukan masa. Yedak? Kalau kita berada di pihak ‘audience’ pula, kita pasti telah melalui ucapan-ucapan yang panjang dan masalah teknikal PowerPoints. Ini benar-benar menjejaskan titik persembahan visual. Jadi, apa yang membezakan persembahan yang baik dan biasa-biasa yang membosankan? Jawapananya, isi kandungan dan ‘design’ yang kita buat dlm ‘slide’ PowerPoint kita.

Walaupun ucapan anda mungkin persis Tun Mahathir, imej yang anda tunjukkan boleh seiras Jovian Mandagie. Tidak kira samada anda menggunakan gunakan PowerPoint, Keynote atau Prezi, artikel kali ini akan membantu anda membuat ‘slide’ persembahan yang direka dengan baik yang dapat menyampaikan maksud anda dengan berkesan.

1. Lupakan tentang Stok ‘Template’

Menggunakan tema ‘slide’ yang disertakan dalam perisian yang anda gunakan hanya menempah maut! Ianya terlalu banyak digunakan, membosankan dan biasanya cukup ‘annoying’. Buat pembentangan dengan ‘slide’ yang lebih bersih dengan mula me-reka ‘slide’ ‘simple’ dari awal.

Jangan gunakan theme slide yang sedia ada didalam perisian anda. Buat pembentangan dengan 'slide' yang lebih bersih dengan mula me-reka 'slide' 'simple' dari awal. Ini adalah salah satu contoh slide buatan sendiri yang tidak menggunakan theme sedia ada.

Presentation Example #8 - Visme

2. Kurang dari 6 Baris Ayat per ‘Slide’

Terlalu banyak maklumat ke dalam ‘slide’ akan menjejaskan tujuan. Dan membuatkan penonton termenung. Ingat: Penonton sentiasa memerlukan masa untuk memproses semua yang anda cakap. Ini berlaku semasa mereka melihat ‘slide’ anda. Selain itu, apabila teks berkurangan, maka tulisan boleh dibesarkan.

Hanya gunakan maksimum 6 baris ayat sahaja untuk 1 slide. apabila teks berkurangan, maka tulisan boleh dibesarkan.

Design Idea for your presentation Summary

3. Tidak lebih dari 5 warna

Warna dan tona yang harmoni boleh meningkatkan mood keseluruhan ‘Slide Presentation’. Tidak perlu sampai nak kena ada ‘background’ yang abstrak. Semata-mata untuk menarik minat penonton. Anda hanya perlu guna warna yang betul untuk mendapat hasil yang sangat baik. Gunakan web-web yang bantu pilihkan warna untuk kita. Salah satunya ColourLovers. Kalau anda mahu banyak lagi website-website yang membantu pilih warna untuk anda, mudah sahaja!. Daftar kelas ini. Dalam kelas ini akan dikongsikan tips memilih warna yang sesuai. Dan saya kongsikan dari mana boleh dapatkannya.

4. Gunakan Gambar dalam ‘Slide’

Gambar membantu menjadikan ‘presentation’ anda lebih ‘hidup’. Tetapi jangan terlalu banyak pada satu-satu ‘slide’. Ini adalah ‘presentation’, bukan album foto nikah. Hadkan rekabentuk anda kepada satu gambar bersama teks ringkas atau tiada teks.

Gambar membantu menjadikan 'presetation' anda lebih 'hidup', tetapi jangan terlalu banyak pada satu-satu 'slide'. Ini adalah 'presentation', bukan album foto nikah. Hadkan rekabentuk anda kepada satu gambar bersama teks ringkas atau tiada teks.

5. Sokong Mood dengan Gambar

Gambar dapat membantu menyokong mesej anda. Ianya boleh meningkatkan pemahaman penonton. Dan dari segi emosi, ianya akan kekal dalam minda penonton. Mereka dapat ingat cerita kita dan meninggalkan kesan kepada mindanya. Pilih gambar dengan teliti untuk menguatkan poin anda dalam ‘slide’.

6. Gunakan ‘Font’ Sans Serif

Untuk ‘presentation’ utamakan tulisan yang boleh dibaca. Daripada font yang cantik. Walaupun anda boleh menggunakan ‘font’ kreatif untuk tajuk ‘slide’, elakkan. Terutama teks isi. Berpegang pada ‘font’ tradisional yang bersih seperti Helvetica. Dan jika anda menggunakan latar belakang gelap, jadikan teks bold untuk mudah dibaca.

Berpegang pada 'font' tradisional yang bersih seperti Helvetica. Dan jika anda menggunakan latar belakang gelap, jadikan teks tebal untuk mudah dibaca.

7. Buang Bullet

Terlalu banyak ‘slide’ yang gemar akan ‘bullet’. Gila ‘bullet’!. Tipsnya beginin, jika kita mempunya 1 slide dengan 10 poin, maka kita buat 10 ‘slide’ untuk setiap poin tadi. Penonton tidak akan ingat 10 ‘bullet’ dalam 1 ‘slide’. Tapi peratusan yang tinggi, mereka akan ingat 10 ‘slide’ dengan 10 poin.

8. Bezakan ‘Contrast’ Teks dan Latar Belakang

Untuk menyerlahkan mesej kita, gunakan warna berbeza dari segi ‘contrast’. Contohnya, jika imej latar belakang anda mempunyai banyak warna variasi, bahagian teks anda mungkin tidak boleh dibaca. Walaupun anda menggunakan warna yang gelap. Dalam kes ini, satu bar warna putih lutsinar diletakkan di belakang teks supaya menaikkan teks untuk dibaca oleh para penonton. Dalam masa yang sama mengekalkan kreativiti anda dalam memilih latar.

Satu bar warna putih lutsinar diletakkan di belakang teks supaya menaikkan teks untuk dibaca oleh para penonton dalam masa yang sama mengekalkan kreativiti anda dalam memilih latar.

Tidak kira apa kandungan persembahan anda, pastikan anda sentiasa menggunakan reka bentuk denga 8 petua diatas. Tujuannya untuk kelebihan maksima dalam pembinaan ‘slide presentation’ anda. Mungkin di masa akan datang, kita juga akan membincangkan tentang kepentingan Visual Design. Sekurang-kurangnya anda akan dapat asas tentang cara kita memukau penonton. Setuju?
Leave a Comment