7 Petua Terbaik ‘Presentation’
7 Petua Terbaik ‘Presentation’ adalah artikel pertama saya didalam blog afdhalnidzam.com. Bercakap tentang ini, saya teringatkan Steve Jobs, pengasas Apple yang cukup sinonim dengan cara beliau ‘present’ tentang produk syarikatnya. Steve Jobs tidak hanya memberi tumpuan kepada statistik atau teknologi dalam komunikasinya; beliau menjual faedah produk syarikatnya.
Sekali imbas ucaptama beliau yang memperkenalkan iPhone pada 2007, kita disajikan dengan informasi dan sejarah tentang smartphone dan diakhir keynote itu, kita mendapat pemahaman tentang apa yang dibentangkan.
Siapa Steve Jobs
Sebelum kita pergi kepada ciri-ciri presentation Steve Jobs, mari kita selami sedikit sejarah beliau. Steve Jobs, atau Steven Paul Jobs, (24 Februari 1955 — 5 Oktober 2011), pengasas bersama Apple Computer, Inc. (kini dikenali sebagai Apple Inc.). Beliau ialah perintis berkarisma yang mewujudkan era komputer peribadi.
Jobs dibesarkan oleh keluarga angkatnya di Cupertino, California. Beliau mempunyai minat yang berbeza-beza ketika remaja. Pekerjaan pertama beliau ialah pereka permainan video pada tahun 1974 di Atari Corporation. Beliau seterusnya berkelana ke India untuk mendalami Buddha.
Jobs adalah salah satu usahawan pertama yang memahami bahawa komputer peribadi akan menjadi pasaran yang sangat hebat. Beliau memberi galakan pada rakannya, Wozniak untuk membangunkan Apple II. Ia adalah komputer peribadi pertama yang dipasarkan secara besar-besaran. Apple II adalah komputer versi kedua selepas Apple I, tetapi Apple II jauh lebih baik.
Dia kemudiannya terkenal dengan gelaran bahawa Macintosh bukan hanya hebat tetapi “sangat hebat” kerana beliau ialah seorang yang sangat cerewet. Pada tahun 1984 Jobs sendiri membuat presentation Macintosh dengan sangat cemerlang. Dan itu merupakan kempen publisiti yang luar biasa. Ianya kemudian diterjemahkan sebagai ‘event marketing’.
Kita semua boleh sahaja mengambil beberapa teknik ‘presentation’ dari Steve Jobs. Berikut adalah 7 Petua Terbaik ‘Presentation’ yang baru-baru ini saya temui dari artikel milik Hector Quintanilla, pengasas BeBusinessSmart.com
1. Simplicity (Kesederhanaan)
2. Sangat Sedikit Perkataan
3. Fakta Ringkas
4. Graf yang Besar dengan teks yang minimal
5. Ayat dengan Saiz Kecil untuk Menjelaskan Data
6. Menjelaskan Data bukan Memberi Grafik
7. Penggunaan Warna yang Sedikit
Itulah dia 7 petua. Sebagai penceramah, kita harus cuba menjadi tumpuan kepada penonton kita supaya mereka dapat memberi perhatian. Tujuan ‘Slide Presentation’ adalah untuk menyokong apa yang akan kita persembahkan, bukan mencuri perhatian penonton kita. Mungkin di artikel akan datang kita akan bercakap tentang infografik yang saban hari menjadi trend.